Friday 28 December 2012

TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

As-Salamualaikum.

Bertemu kita kembali di blog yang tak berapa nak femes ni.... hehehehe. Seperti yang kalian sedia maklum pada post yang lepas saya ada bercerita mengenai beberapa senarai tadika islam yang saya pilih untuk hero sulung saya iaitu Muhammad Fareez Iskandar...... dan daripada lima tadika-tadika tersebut ada satu tadika yang telah menambat hati saya dan Mr. B.... seperti di tajuk diatas tak lain dan tak bukan semestinya....

TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH....... (promo sket... walaupun xda bayaran untuk promo ini...hehehehe)

Kenapa agaknya saya memilih tadika ini?.....

nak tau jawapannya takkkkk?????

Meh kita stori mori sket tentang tadika ni......



Ini logo Tadika Ceria Az-Zahra...... logo dan combination warna yang ceria dan menarik perhatian sesiapa sahaja.... lagi satu.... nama tadika ni dimulai dengan tadika ceria kan.... tentu u all atau anak2 u all pernah tengok cite upin dan ipin.... nama tadika mereka Tadika Mesra.... sooooo.... ceria dan mesra membawa maksud yang lebih kurang sama...... dah oleh kerana anak2 saya suka tengok cite upin dan ipin... makanya nama tadika ini menambat hati saya....

hehehehe... nak tau lagi tentang tadika ini......

Nama Tadika Az-Zahrah pula adalah diambil bersempena dengan nama pengetua atau pengasas tadika ini sendiri iaitu Pn. Hjh. Zaharah bt. Awang ( nak lebih detail sila layari website Tadika Ceria Az-Zahrah di http://www.azzahrah.net/kenali-kami.html) .... menarik bukan.... selain daripada itu juga semua tenaga pengajar di tadika ini adalah bertauliah dan terlatih... dan yang paling penting semasa saya berjumpa dengan penyelia tadika ini. Teacher Zana, beliau ada menyatakan bahawa tadika ini dipantau khas especially dalam bab-bab dera-mendera budak..... so kita sebagai ibubapa akan rasa selamat apabila mendengar jaminan seperti ini diberikan..... ye dopppp..... sebab takot kot sekarang ni... hantar anak gi tadika balik-balik lebam sana sini..... so tadika ini amat selamat. InsyaAllah tak akan timbul isu dera mendera kanak2.... (itu yang paling penting... sebab saya sendiri pon tak sampai hati nak pukul anak saya...)

heheheh jom jom jelajah gambar lagi....




Ni webpage tadika ceria Az-Zahrah... nak tengok lebih detail silalah ke
http://www.azzahrah.net/index.html



Yang ni pulak location map tadika tersebut....  tadika ini terletak di Sungai Udang.... nak lebih detail... macam biasa lah bukak webpage....



Ha yang ni pulak yuran pengajian untuk tahun 2013

Yuran Pendaftaran RM80.00 (Tidak Dikembalikan)
Yuran Aktiviti RM 400.00 (Temasya Sukan, Lawatan dan hari Bakat dan Anugerah (ala kira graduation day lah kan)
Yuran Peralatan RM350.00 ( Buku-buku, bahan kraf - tidak termasok stationaries)
Baju Seragam RM 80.00 ( Dua pasang - 1 set uniform 1 t-shirt sukan) kasut sdn bhd heheheh

Total RM 910.00

Pastu monthly RM 150.00.

Ok lah kot.... banyak aktivinya.... tak da lah budak bosan sangat.... nak tau tak antara aktiviti-aktivi yang telah dijalankan ditadika ini.... heheh meh saya ceritakan dengan serba ringkas....

Program 'Ibu Bapa Rakan Kongsi Pendidikan'- Taklimat Ibubapa
- Shared Learning Programme - 'Fun English at Home'
- Program Ibubapa Menyelami Hati Anak-anak 2010
- Program Ibubapa 'A Day in Their Shoes' 2012
- Kenduri Tahlil Arwah bersama Ibubapa
- Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru
- Ceramah Kesihatan Kanak-kanak 2011
Program Berkala
- Sambutan Hari Lahir Bulanan
- Pertandingan Mewarna

- Hari Usahawan Kecil
- Friday Garden Party
Lawatan Sambil Belajar
- Lawatan ke Bukit Melawati  & bermalam di De Palma Hotel
- Commuter Ride
- Program Ihya Ramadhan & Lawatan ke Masjid 

- Lawatan ke Jusco AEON, Bukit Tinggi
- Program Lawatan ke Dusun, 2011
- Program Lawatan ke Pesta Buku Negeri Selangor, 2011
- Program Lawatan ke Morib & bermalam di Hotel Impian Morib, Banting

- Program Lawatan ke Tabung Haji, 2012
- Lawatan ke taman tema Kidzania, Damansara
- Lawatan ke Masjid Putrajaya sempena program 'Jom ke Masjid' anjuran PERTIM

Program Tahunan
- Temasya Sukan 2010, De Palma, Kuala Selangor
- Temasya Sukaneka 2011, Hotel Impian Morib, Banting
- Program Kembara Khalifah & Sukaneka 2012, Kalumpang Resort, Hulu Selangor 
- Hari Bakat & Anugerah 2011, Hotel Prescott, Klang
- Hari Bakat & Anugerah 2012, Hotel Goldcourse, Klang

- Program Transisi Sekolah Rendah
- Jamuan Akhir Tahun
Sambutan Perayaan
-Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011
- Sambutan Merdekaraya Pra-Merdeka 2012

Program Kesedaran
- Program ‘Green Day’, 2011
- Program ‘Palestine We Care For You’, 2011 & 2012


Hah menarik tak?????.... tu baru aktiviti belum lagi pencapaian tadika ni.....  diantara pencapaian tadika ni ialah:-

Nasyid- Persembahan terbaik Konsert ‘Antara Dua Dunia’ bersama Rabbani di        Stadium Melawati, Shah Alam
- JOHAN Pertandingan Nasyid 2010 Peringkat Tadika, anjuran Masjid Darul Muttaqin, Sg. Udang

- NAIB JOHAN Pertandingan Nasyid 2012 Peringkat Daerah Klang, anjuran  PASTI Daerah Klang
Perarakan
- JOHAN Pertandingan Perarakan Program Go Green anjuran PERTIM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang- NAIB JOHAN Pertandingan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 2010, anjuran Masjid Darul Muttaqin
- JOHAN Perarakan Kids Parade 2011 - Most Standout Contigent (Kategori Terbuka) anjuran TV3
- TEMPAT KETIGA Perarakan Maal Hijrah 1434 anjuran Masjid Nurul Amin, Kg. Delek, Klang.


Mewarna
- JOHAN Pertandingan Mewarna Peringkat Tadika di SRA Darul Ulum
- JOHAN Pertandingan Mewarna anjuran Karnival SPIES 2010


Bercerita
- JOHAN Pertandingan Bercerita 2011 Peringkat Negeri Selangor Kategori Tadika anjuran Perpustakaan Negara Malaysia & Perpustakaan Awam Selangor.
- JOHAN Persembahan Bercerita (kumpulan) sempena Hari Ibu 2012 anjuran Majalah Pa & Ma
 - JOHAN & NAIB JOHAN Persembahan Bercerita (individu) sempena Hari Ibu 2012 anjuran Majalah Pa & Ma   


Umum
- NAIB JOHAN & TEMPAT KETIGA Pertandingan Azan, Festival Hijab 2012 di Anggerik Mall
- TEMPAT KETIGA Pertandingan Dekorasi Cupcake Kanak-kanak, Festival Hijab 2012, di Anggerik Mall
- Sebagai tadika yang sering menerima kunjungan dari pelbagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dari dalam dan luar negara sebagai tadika

islam contoh. 


Bestkan... cuba bayangkan kalau anak anda menjadi salah seorang dari penuntu di tadika ini.... pasti mereka akan rasa gembira dan seronok untuk kesekolah......  hehehe...

Selain dari sekolah tadika ... Pihak az-Zahrah ada juga perkhidmata lain seperti :-

Taska Az-Zahrah (8 bulan - 36 bulan)

Pusat Jagaan Kanak-kanak Az-Zahrah (4 - 6 tahun)

Pusat Transit Az-Zahrah (7 - 16 tahun)

Pusat al-Quran Az-Zahrah

hah banyakkan perkhidmatan Az-Zahrah ni.... kira one stop centre lah... tak payah pening2 nak hantar anak kemana time kita bekerja... kat sini semuanya ada... dari baby sampai lah form 4. Pengajian Al-Quran pon ada.... menarikan..... lagipon waktu operasi untuk Pusat Jagaan Kanak2 Az-Zahrah adalah sampai pukul 7pm.... tapi kalo terlebih masa tu haruslah dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.50 selama 15 minit... maknanya kalau untuk sejam kira RM10 lah.... heheheh

Dan sebab tu juga lah saya pilih tadika ni.... habis je tadika kul 12pm terus sambung di Pusat Jagaan Kanak- Kanak Az-Zahrah ... at leant ada gak orang yang tolong pantau dan tengok-tengokkan beliau.....

Maka jadinya total yuran yang harus dibayar adalah : -

Yuran Pendaftaran RM80.00 (Tidak Dikembalikan)
Yuran Aktiviti RM 400.00 (Temasya Sukan, Lawatan dan hari Bakat dan Anugerah (ala kira graduation day lah kan)
Yuran Peralatan RM350.00 ( Buku-buku, bahan kraf - tidak termasok stationaries)
Baju Seragam RM 80.00 ( Dua pasang - 1 set uniform 1 t-shirt sukan) kasut sdn bhd heheheh

Total RM 910.00

Pastu monthly RM 150.00.

Tambah (+)

Yuran PJKK  ( Pusat Jagaan Az-Zahrah) RM50.00
Yuran Tahunan  RM80.00
Yuran bulanan RM 200.00 (sebenarnya RM250.00 tapi diskaun RM50.00 sebab sekali dengan tadika)

Total RM 330.00

Jadi total keseluruhan yang kami kena bayar untuk bulan Januari 2013 ialah sebanyak RM 1390.00 ( 910.00 + 150.00 + 330.00)


Bulanan pulak kami kena bayar RM 350.00 ( 150.00+200.00)

Demi anak kan apapun sanggup kami korbankan... asalkan beliau dapat pendidikan yang terbaik agar menjadi anak yang solleh dan diberkati ALLAH SWT. Amin....


Esok hari terbuka untuk tadika beliau nanti kita stori -mori lagi eak

Bye ,
wasallam.....


12 comments:

  1. masya'Allah.. terima kasih atas penghargaan ini.. kami suka.. kami suka.. kami suka !!! doakan kami sentiasa sabar dan berlapang dada dengan anak2 didik kami di Tadika Ceria Az-Zahrah.. jumpa esuk!!!

    ReplyDelete
  2. kenapa saya suka TCAZ...
    sebab dia BESTTTTT....

    ReplyDelete
  3. As-Salam.

    Dear Ibu Zarah n all the teachers in TCAZ, berbanyak terima kasih kerana sudi melayan kerenah anak saya.... saya sedia maklum bahawa kebelakangan ini Fareez Iskandar sering kali menangis dan tidak mahu kesekolah.... hati saya meruntun sedih dan risau melihat keadaan beliau yang berlanjutan demikian.... agak2 ada tak pendekatan lain yang boleh saya gunakan untuk mengatasi masalah ini?...

    Terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam wr. wb.
    Kehadapan Cikpuan Farah serta keluarga yang dirahmati Allah dan disayangi nabi.. sesungguhnya bertuah Tuan Fareez Iskandar punya ibu yang sangat prihatin dan peka kepada segala keperluannya. Izinkan ibu memberi sedikit penjelasan mengenai senario yang berlaku kepada khalifah cilik kita. Kemungkinan semasa sesi taklimat tempuh hari cikpuan dan suami agak terlewat sampai dan tertinggal beberapa maklumat penting yang disampaikan sebelum cikpuan dan suami sampai.
    Cikpuan Farah, harus diingat bahawa Tuan Fareez kita belum mencapai usia 4 tahun pada ketika inikan? maaf andai ibu tersilap kerana rekod beliau berada ditadika ketika ini dan ibu tidak dapat mengesahkan tarikh lahir beliau. Kalau andaian ibu benar, makanya usia tuan kita baru menjangkau 3 tahun beberapa bulan. Selama 3 tahun beberapa bulan itu, eco kumpulan yang berada disekitar tuan kita hanya ibu, bapa, nenek, atuk, adik dan kadang2 sepupu, mak sedara, jiran dan sebagainya. Bila kali pertama beliau dihantar ke tadika, suasana atau iklim agak berbeza... orang2 disekitarnya berbeza, suasana berbeza, kalau dirumah tenang hanya dengan beberapa orang tapi ditadika dia berjumpa dengan ramai orang, kalau dirumah tuan kita bebas buat apa sahaja, tapi ditadika/taska ada beberapa peraturan yang beliau harus patuhi seperti waktu makan, bermain , belajar dan tidur.
    Suasana ini menjadikan tuan kita tidak betah kerana pada peringkat awal, persepsi tuan kita, ke sekolah seperti bermain dipadang permainan.. dah puas2 main, lepas tu balik rumah dengan ibu ayah, tiba2 bila ke sekolah, ibu ayah tinggalkan dia dengan orang yang agak asing baginya. Maka tuan kita yang bijak bestari ini menggunakan beberapa pendekatan iaitu menangis dan protes.
    Menangis adalah salah satu cara anak kita berkomunikasi kerana perbendaharaan kata mereka belum cukup banyak untuk meluahkan apa yang mereka tidak puashati dengan dunia baru mereka. Ada anak-anak yang mengambil masa yang agak lama untuk menerima keadaan ini tetapi ada juga anak2 yang segera menerimanya terutama anak2 yang berusia 5 dan 6 tahun.
    Walaubagaimanapun, mengikut pemerhatian ibu dan teacher2 dalam awal persekolahan ini, tuan fareez adalah seorang anak yang cerdik, bijak berbicara dan mudah mesra. Siang tadi dia sudah mula membuat aktiviti tetapi bukan didalam kelasnya tetapi dalam kelas anak 5 tahun...hehehehe.. maybe dia nak aktiviti yang lebih mencabar dan yang lebih dia minat.

    ReplyDelete
  5. Untuk itu ibu cadangkan, teruskan menghantar beliau walaupun dia menangis kerana sebenarnya tangisannya cuma sebentar sahaja. Puji beliau bila dia pulang dari tadika dan katakan ibu sangat bangga anak ibu pergi sekolah dan pasti Allah juga sayang kepada mu... Kami amat berharap cikpuan dapat memberikan kepercayaan kepada kami, guru2 di Tadika Ceria Az-Zahrah dan yakinlah bahawa dihujung tahun kelak, cikpuan dapat menyaksikan Tuan Fareez kita dapat beraksi hebat diatas pentas semasa Hari Bakat nanti. Tetapi seandainya cikpuan kalah dengan tangisan beliau pada pagi hari, tuan kita sudah belajar sesuatu, iaitu ibubapanya akan lemah andai dia menangis.
    Kami berharap cikpuan jangan risau atau khuatir kami akan bosan dengan kerenah Tuan Fareez, kami sudah biasa dan suka kepada cabaran ini. Kalau cikpuan lihat dalam website digaleri video, seorang anak perempuan yang berpidato sebagai puan piah dalam video itu, nama anak ini sofea adriana, duduk dalam pejabat ibu selama satu bulan setengah menangis nak balik.. tapi berkat kesabaran dan ketabahan ibubapa sofea, dia menjadi seorang yang sangat berani dan bijak.
    Berilah kami peluang untuk memberikan yang terbaik kepada Tuan Fareez dan setiap malam ketika beliau tidur, bisikkan ketelinganya yang dia seorang anak yang baik, anak soleh, tidak menangis ditadika dan doakan beliau sentiasa. Untuk dapatkan update dari tadika, cikpuan boleh lihat difb dengan menjadi teman ibu @ibuzarah atau Zaharah Awang. Kami sentiasa update aktiviti anak2 ditadika.
    Dengan penjelasan tadi ibu berharap cikpuan Farah dan suami akan terus berusaha dan percayalah Allah sentiasa akan membantu orang yang berbuat sesuatu yang terbaik untuk anaknya.
    Sila berhubung dengan ibu pada bila2 masa andai perlu dan ibu sangat suka jika dapat berbuat sesuatu yang baik untuk cikpuan Farah dan Tuan Fareez Iskandar.
    Salam keceriaan dari kami diTadika Ceria Az-Zahrah. Terima kasih. Wassalam

    ReplyDelete
  6. Jangan risau.. bukan Tuan kita sorang jer yang menangis... kat mana2 tadika pun ada yang menangis.. ini post dari Tadika Didik Literasi

    Timeline Photos
    Tangisan adalah salah satu bentuk komunikasi. Kanak-kanak yang menangis bukan kerana mereka sengaja buat-buat menangis tetapi mempunyai pelbagai sebab. Minggu-minggu awal ini agak mencabar buat para pelajar 4 & 5 tahun kerana masih belum menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekeliling(guru & kawan-kawan) & peraturan-peraturan di sekolah. Antara faktor utama yang menyebabkan mereka menangis adalah mengantuk & tidak sihat. Adalah amat-amat disarankan sekiranya anak-anak kecil ini boelh dilatih untuk tidur & bangun awal supaya lebih bersedia & dapat fokus di sekolah. Ibubapa juga boleh memesan kepada mereka, guru-guru merupakan ibubabapa kedua & penjaga di sekolah, ini kerana ada anak-anak yang mungkin takut & belum biasa dengan orang dewasa. Seandainya semua perkara telah diberi perhatian, tetapi anak-anak ini masih menangis, Kami guru-guru faham perasaan sedih mereka kerana terpaksa berpisah dengan ibubapa mereka. InsyaAllah, sebaik sahaja ibubapa telah hilang dari pandangan mata mereka, anak-anak yang dipujuk guru akan beransur-ansur berhenti menangis.
    By: Tadika Didik Literasi

    ReplyDelete
  7. Boleh baca post ini jika sudi :)

    http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/hari-pertama-melangkah-ke-dunia-baru-1.17807

    ReplyDelete
  8. Friday, January 6
    Petua yang mungkin sesuai untuk dikongsikan :

    SAYA mempunyai anak perempuan berusia lima tahun yang baru saja memasuki tadika. Saya seorang suri rumah dan anak tidak pernah diasuh oleh orang lain. Sejak tadika bermula Selasa lalu, dia masih belum boleh menyesuaikan diri dan menangis untuk ke sekolah.

    Saya terpaksa menunggu sepanjang masa kerana dia akan menangis setiap kali saya ingin pulang. Anak saya juga enggan bergaul dengan kanak-kanak lain. Hal ini amat merisaukan saya memandangkan kebanyakan kanak-kanak lain sudah boleh menyesuaikan diri. Saya berharap puan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

    IBU MUDA,
    Temerloh, Pahang.


    APA yang puan hadapi adalah sesuatu yang normal dan dialami ramai ibu bapa ketika awal musim persekolahan.

    Seelok-eloknya sebelum tadika bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia.

    Puan perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

    Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian.

    Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang.

    Untuk menangani masalah kanak-kanak begini. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

    Pastikan juga puan tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

    Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

    Elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

    Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

    Sebagai ibu, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

    Ada juga petua yang mengatakan supaya membacakan doa dan harapan kita pada ubun-ubun anak ketika anak baru lelap. Sebagai contoh puan boleh nyatakan harapan supaya anak suka ke sekolah, berkeyakinan diri, mudah bergaul dan tidak menangis lagi. Ia dikatakan membantu membentuk peribadi anak seperti diharapkan.

    SHARING IS CARING

    ReplyDelete
  9. As-Salamualaikum.

    Terima kasih diatas nasihat ibu Zarah... sesungguhnya nasihat itu amat bermakna dan akan saya manfaatkan sepenuhnya kerana inilah pengalaman pertama saya menghantar anak ke sekolah. Alhamdulillah beliau memang seorang yang petah berkata2 dan cepat belajar sesuatu benda... dan dalam pada masa yang sama beliau seorang yang memang sukakan cabaran.... Untuk pengetahuan ibu Zarah... setiap kali saya pulang kerumah ... saya akan peluk dan cium dahi beliau dan sambil2 tu ada juga menanyakan apakah aktiviti yang beliau lakukan disekolah.... namun yang membuat saya tergelak.. beliau hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa2 yang beliau lakukan disekolah.....
    Dari setiap gerak langkah beliau ketika weekend saya tahu yang beliau telah pon belajar sesuatu disekolah... antaranya excercise di pagi hari.... menyanyi...mewarna.... dan sebagainya.... sehubungan dengan ini juga saya sebagai seorang ibu.. telah pon belajar sesuatu dari anak saya bahawa komunikasi dan respons itu tidak hanya berlaku dengan percakapan malah perbuatan.....

    Dalam pada itu juga... setiap pagi sebelum ke sekolah saya pasti akan menasihati beliau agar tidak menangis dan menerangkan kepada beliau kepentingan pergi kesekolah.... alhamdulillah juga beliau seakan faham percakapan saya dan mengangguk tanda faham dan tidak merenggek.... saya ada banyak membaca mengenai ilmu parenting hood.... dan kita sebagai ibubapa harus menggunakan pelbagai psycology dan experiance kita dalam mendidik anak2.... dan saya bersyukur kerana Allah SWT telah mengerakkan hati kami untuk menghantar anak kami ke tadika Ibu Zarah.... kerana kami yakin dengan kemampuan cikgu2 di TCAZ dalam mendidik dam mendisiplinkan anak2.... semoga beliau menjadi seorang anak yang cemerlang dan bijak.... amin....

    Kalo Ibu Zarah tidak keberatan boleh tak saya bercadang untuk membuat satu diary khas untuk anak saya dan ingin meminta jasa baik cikgu yang mengajar beliau untuk menulis setiap aktiviti dan pekembangan anak saya didalam diari tersebut.... sekurang2nya tak adalah saya ketinggalan walau sedetik pon setiap aktiviti dan perkembangan anak saya....
    dan biar ianya menjadi sebuah hadiah yang paling bernilai buat anak yang saya sayangi dimasa kelak.

    Terima kasih sekali lagi diatas segala nasihat dan panduan dari Ibu Zarah. InsyaAllah saya tidak akan cepat mengalah dan berputus asa dalam mendidik anak saya agar menjadi seorang yang berguna dimasa hadapan.

    Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  10. tiada apa yang dapat ibu katakan kepada cikpuan Farah melainkan menunjukkan isyarat dua ibu jari kepada cikpuan dan suami (Y) (Y)....hehehehe... untuk mendapatkan kerjasama dengan guru kelas tak ada masalah.. nanti kita ada program pada 3 Februari bersama ibubapa boleh jumpa dengan guru kelas tuan Fareez ye :)

    ReplyDelete
  11. Melapurkan dari Tadika Ceria Az-Zahrah :
    Pagi ini Tuan Fareez menangis jugak tapi Tuan Ayah memang ayah sejati, terus berlalu pergi, daripada tangisan volume 5 semasa ayah Tuan Fareez ada, sebaik2 ayah hilang dari pandangan, tangisan volume terus turun sampai 2... pelan jer dia nangis sebab dia tahu, tak ada gunanya nak jerit kuat2 sebab ayah tak akan pusing untuk pujuk atau ambil balik.. Tuan Fareez sudah belajar sesuatu kuat mana tangisannya pun tak akan melemahkan semangat ayahnya untuk menghantarnya ke tadika. Selepas masuk ke kelas Tuan Fareez elok jer buat aktiviti dan rutin yang biasa dibuat ditadika dan bila sampai waktu balik, ada seorang anak lelaki 5 tahun pulak yang menangis kerana tidak mahu ke taska.. menariknya Tuan Fareez datang dekat dengan anak lelaki tu, pegang bahunya dan kata " abang, abang janganlah nangis.. teacher2 kat sini boleh jaga abang !!".. see!! I told you cikpuan Farah.. Tuan Fareez anak yang cerdik dan bijak :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah syukur dan terima kasih sangat2 diatas kesudian Ibu Zarah berkongsi mengenai anak saya di TCAZ....

    untuk pengetahuan Ibu Zarah, pagi ini beliau bangun awal... lepas mandi terus tolong kami packing2 makanan untuk dihantar ke tempat kerja pak long beliau sebab nenda beliau ada membuat catering kecil2an.... selesai membantu terus pegi ke beg sekolah dan keluarkan sesuatu dari beg sekolah beliau seraya berkata.. "momma tengok ni kita wat... cantikk kan... ni tangan kita".. saya ambik dan saya tengok.... sambil usap kepala beliau saya cakap kat beliau "awak memang hebat... cantik sangat awak buat, i'm really impressed with you sayang nanti kita hang kat bilik kamu eak..."... sambil tu baca quote yang tertera ka bawah hand print tu... baca punya baca sampai yang last phrase saya tergelak sendiri....dalam hati "hahahah untuk kelas budak 5 tahun rupanya benda ni"..

    Pengajaran yang saya dapat disini... "kecik2 cili padi".. He knew what his doing and he can do something more beyond his age...and he loves to be treated like a matured and extraordinary kid.

    Terima kasih sekali lagi diatas perkongsian perkembangan anak saya di TCAZ dan insyaAllah kami akan meluangkan masa kami bagi menghadirkan diri ke program anjuran TCAZ pada 3 February 2013 nanti.


    Sekian, wassalam dan terima kasih sekali lagi...

    :-)

    ReplyDelete