Wednesday 17 April 2013

T-SHIRT DESIGN FOR TEMASYA SUKANEKA 2013 - TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH


As-Salamualaikum WBT,

Hye semua.... saya nak share sikit lah... bersamaan dengan 18 & 19 Mei 2013 bertempat di Hotel Impian Morib, Banting bakal diadakan Temasya Sukaneka tadika anak sulong saya.... eksitednya bukan kepalang.. sebab this year is my first year attending my son's sport day... jadi bersempena dengan keterujaan ini juga para ibubapa masing-masing sibuk bertungkus-lumus membuat persiapan yang berkaitan bagi menyokong padu pasukan anak masing-masing.... dan salah satu dari idea yang tercetus adalah dengan mereka cipta     t-shirt khas untuk ibubapa.... 

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan .. alang-alang dah ada idea nak buat t-shirt pasukan pe lagi try lah nasib mencurah idea....

Cakap panjang lebar pon tak guna... meh le saya share tentang design-design t-shirt yang dah saya reka khas untuk para ibubapa sekalian...

Ada 3 design kesemuanya... 

1st design ( Rumah Biru (Shark Ngapp!!) & Rumah Jingga (Tiger Aummmm!!!)







2nd Design ( Theme: Banner Sukan)








3rd Design ( Happy Family with Star theme - sebabnya teringat baju starrr yang comell ituuu)






Begitulah antara design-design yang saya reka khas untuk semua ibubapa ... harap2 adalah yang berkenan dihati... hehehe...  esok InsyaAllah try masuk quotation untuk dapatkan the exact price for 1 pc of t-shirt... barulah boleh start calculating for the budget per person... hehehe...

Ok lah sampai disini saja... sampai jumpa..

Sekian.


P/S: Harap kalian semua berpuas hatilah hendaknya.... Aminnnn..



Monday 8 April 2013

TAG LINE CONTEST for STAFF - GLENMARIE PROPERTIES SDN BHD

 Assalamualaikum WBT...

Hi Hi Hi...... Hello Hellooooo....


Dan Salam Sabtu yang indah buat kalian semua...

Today saya nak share dengan kalian satu benda...... ceritanya bermula begini.... semalam... lebih kurang dalam pukul 7.45 am... saya sampai dioffice... untuk apa??.. off course lah menunaikan kewajipan saya sebagai seorang pekerja..... 1st things yang saya akan buat bila tibe di office adalah....

- minum air kosong seteguk dua.... untuk hilangkan tekak yang kering...
- kemudian simpan handbag dalam drawer...
- pastu terus on PC...
- da on PC kena tunggu lebih kurang 5 - 6 minit jugaklah untuk PC tu on...
- pastu press CTRL + ALT + DEL... dan terus enter my own password PC...
- da masok password dan komputer da on.... pe lagi tugas utama yang terpenting..... check e-mail... takot ada kerja2 penting yang boss suruh  buat... ataupon latest stories about my company.... heheh... belek punya 
belek email... tetiba ada satu e-mail yang menarik hati...nak tau apa dia...... meh saya sharekan...

TAG LINE contest youuuu..... menarik bukan... buat julung2 kalinya pulak tuuu....

Sangat menarik bukan.... bila lagi kita nak support company sendiri kan.... ini juga leh dinamakan sebagai salah satu contribution kita kepada company jugak lah kan.... creative ke tak tag line kita... itu bukan sebagai kayu ukuran... yang penting kita semua sama-sama take part dalam contest anjuran company sendiri.... ye dopppp...


Malas nak cakap banyak sebab keje pon menimbun.... dan idea pon datang secara spontan.... (haha idea lah sangat.. tak tau lah mejarab ke tak idea tu)   meh lah saya share terus screen shot idea saya... kat kalian semua....  saya punya idea sendiri tau ... fresh from my otakkk... no copycat pleasee!!!!...


Yang ni Tag line No.1

Glenmarie Properties Sdn Bhd  - The Trusted Name That You Can Relied On.....

Kami kan one of the developer yang menyediakan pelbagai unit kediaman yang berkualiti dan unik ... 

Ni lah dia Laman Glenmarie 2 Phase 1A & 1B 22' X 80'  - 2 Storey ( Harga rumah dari RM688,888.00 - RM 1,260,888.00)
SOLD OUT ye kawan2... yang tinggal cuma lagi dua units je.... LH-6 & LH-7... tu pon extended intermediate unit atau yang dahulunya dikenali sebagai angular unit.....

Pastu ada lagi Phase baru yang designnya lebih up to date dan cantikkkk....
Ni pulak Laman Glenmarie2 Phase 2A 24' X 80' - 2 Storey ( Harga rumah dari RM838,888.00 - RM1,117,888.00)

Yang ni pon SOLD OUT ye kawan2... yang tinggal cuma 1 unit je LH - 222 (extended intermediate @ Angular A) 

Pastu kami juga ada 3 Storey unit gak ( 3 Storey Standard and 3 Storey Dual Frontage).... tersangatlah cantik design rumah tersebut.... kami yang tengok pon terpegun cuma xmampu nak memilikinya lagi... 

Yang ni 3 Storey  Standard. Ada Lima bilik tidur dan 5 bilik air ( Harga rumah dari  RM1,188,888.00 - 1,688,888.00)
Kenapa nama dia 3 Storey Dual Frontage???... 

Sebab dia ada dua balcony.... depan dan belakang.... dan ianya facing Saujana Golf Course yang amat mendamaikan... pepagi bangun tido sambil baca newspaper dan minum coffee panas.... slurppppppp sambil menjamu mata dengan pemandangan Lautan hijau padang golffff yang nyaman dan menyegarkannn.... wallahhh.... seronoknya... hilang sebentar hiruk pikuk kebusyan kota .....



Yang ni 3 Storey Dual Frontage - Ada Empat bilik Tidur dan Empat bilik Air   ( Harga Dari  RM1,404,888.00 - RM1,666,888.00)


Semua ni Gated and Guarded Commmunity hokey... in term of community safety itu dah menjadi salah satu dari tanggungjawab kami... cewahhhhh...

Bukan Takat Super Link House saja.... Glenmarie Properties pon ada Bunglow yang tersergam indah untuk dijual.... 


Mari menjamu mataaaa.....

Type A 

Type E


Type B





Type D



Type G



Type C



Type F

Price range dari RM 5 Mil up to RM 8 Mil...

Cantikkan design2 rumah kat atas tu..... quality terjamin.... sebab kita ada CONQUAS lagi...  nak tau lebih lanjut apa itu CONQUAS .. sila click DISINI.

Pastu ada Shop Office, Land and etc.

Nak tau lebih lanjut sila lah ke SINI


Hokeyyyy.... mari kita sambung crita pasal tag line tadi.... ni da melalut plak ... pasal company productss.... nama pon orang sales kan... alang-alang menyeluk pekasam kan... so sekali harung jela ... heheheh....

Tag Line No. 2 - Quality Is Remembered To Enter A Better Lifestyle

Haruslahkan.... kalo nk beli rumah bukan takat design je kena cantikkk.... Quality harus diingati..... barulah selesa mendiami rumah baru.... nak cat dan tambah masok perabot pon cepat.... .. Less defect and complaint ... baru purchaser puas hati...dan developer pon semangat nak wat rumah yang canggih manggih lagi.. hheheheh.


Tag Line No.3 - Quality Assured For A Better Lifestyle


Kepuasan purchaser in terms of workmanship and house quality ... haruslah menjadi tanggungjawab kannn....



Jadi makanya... antara tiga-tiga tag line tu harap satu lah yang tersangkut... sebab saya pilih itu semua berdasarkan kepada kedua-belah pihak... developer and purchaser satisfaction.... dah menjadi kewajipan kita sebagai penjual untuk memastikan kepuasan pelanggan kita.....  betul takkkk??...tag line ini ibarat janji.... bila tag line dah gah barulah orang confident nak membeli....


Lagi satu yang saya nak share kepada kalian semua..... hurmmmm dah nama pon contesttt... haruslah ada hadiahkan .... tentu kalian tertanya2 kan... apakah hadiah yang bakal dimenangi sekiranya dipilih menjadi pemenang bertuah ini.... huhhuhuhuhu mari kita share togetherr....



 Anda nampak tak yang kat 1st Para tu????....

kalo tak nampak mari saya nampak kan anda.... 

RM500 cash  dan

3D2N  stay at REBAK ISLAND RESORT, LANGKAWI (for 2 inclusive of daily buffet breakfast, set lunch , set dinner and return airport transfer)


Menarik bukan????...  tak menang  tak mengapa yang penting kita mencuba.... itu prinsip hidup saya ... kalo tak cuba dan berharap untuk menang memang impossible lah kan.... heheh.... dah berusaha.. yang tinggal hanyalah doa. tawakkal dan berserah saja yang Maha Esa.... amin. 


Sekian. All the best and good luck for myself... amin... 


Wednesday 3 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA - 3 APRIL 2013

Assalamualaikum WBT

Seperti mana yang kita sedia tahu semalam merupakan salah satu dari tarikh penting di Malaysia iaitu pembubaran parlimen Malaysia. 

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang harus kita catatkan di dalam diary masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum ke -13....

Mari kita sama-sama telusuri tarikh-tarikh penting yang berikut :

3 April 2013 - Pembubaran Parlimen Malaysia

8 April 2013 - Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM)

3 April 2013 - Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Stadium Merdeka

14 April 2013 - Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke -13 

27 April 2013 - Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke -13

Malam 27 April 2013  hingga  Awal pagi 28 April 2013 -  Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Umum Ke -13



Ha apa lagi set semua tarikh-tarikh penting tu dalam kalender,phone reminder, i-pad, tab atau diary anda..... bagi yang harus pulang ke kampung halaman anda untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara pula,  silalah merancang dengan teliti  jadual perjalanan anda.... elakkan kesesakan lalu lintas ataupun kehabisan tiket bas mahupun tiket kapal terbang........ heheheh...


Lagi satu nak tanya..... 

Anda dah buat ke penyemakan daftar pemilih????.... saya sudah.....


Ini Mr. B punya semakan daftar pemilih - tempat mengundi  = Bandar Bukit Tinggi, Klang

Ini saya punya semakan daftar pemilih - tempat mengundi = Taman Maznah, Klang

Dah nama pon suami isteri dan bukannya adik-beradik... makanya tempat mengundi pon berlainan... heheheh itu semua tak penting manapon ... asalkan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia kita jalankan.... ingat tau pergi mengundi ... jalankan tanggungjawab dan kewajipan anda kepada negara..... dan yang penting undi adalah RAHSIA....


Ha bagi yang masih belum menyemak daftar pemilih pula silalah layari ke http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php untuk membuat penyemakan tempat mengundi anda.... buat awal-awal senang... so that nanti tak adalah terkocoh-kocoh atau salah tempat mengundi... kan dah buang masa dan waktu.... heheheheh

Oklah setakat ni sajalah ulasan saya untuk hari ini.... kerana banyak lagi kerja-kerja lain yang menanti... assignment, office works... dan macam-macam lagi.... sebelum saya tinggalkan kalian semua mari kita sama-sama nyanyi lagi  MARILAH MENGUNDI....

Ok  r u ready guys?????...... 

1.....2.....3....

Marilah mari

Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Cewahhhhh..... .

P/s :- Nampak tak wording yang saya warnakan merah di dalam lirik lagu diatas??.. ha tu 2 perkara wajib yang anda harus ingat.... heheheh.






Tuesday 2 April 2013

WORDLESS WEDNESSDAY #10

I'm so busy.... rindu kat blog.... nak update pon xda time.. photos semua dok terperuk kat dalam folder je la.... hai lahhhh.... 

Monday 11 March 2013

SIAPAKAH AINUL MARDHIAH?

Assalamualaikum semua...

Anda kenal akan siapakah dia gerangannya ainul Mardhiah????.....

"SEINDAH NAMA DAN SECANTIK RUPA PARASNYA" itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya gambarkan siapa itu Ainul Mardhiah...


Dan kenapa kisah Ainul Mardhiah yang ingin saya kupas dan bukannya orang lain.... jawapannya ada pada perenggan -perenggan saya dibawah ini :-



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.


Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

Menarik bukan... sehinggakan saya berangan sekiranya saya dikurniakan cahaya mata perempuan akan saya namakan beliau dengan nama"AINUL MARDHIAH" yang bermaksud bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT.
InsyaAllah, .