Wednesday 3 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA - 3 APRIL 2013

Assalamualaikum WBT

Seperti mana yang kita sedia tahu semalam merupakan salah satu dari tarikh penting di Malaysia iaitu pembubaran parlimen Malaysia. 

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang harus kita catatkan di dalam diary masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum ke -13....

Mari kita sama-sama telusuri tarikh-tarikh penting yang berikut :

3 April 2013 - Pembubaran Parlimen Malaysia

8 April 2013 - Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM)

3 April 2013 - Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Stadium Merdeka

14 April 2013 - Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke -13 

27 April 2013 - Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke -13

Malam 27 April 2013  hingga  Awal pagi 28 April 2013 -  Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Umum Ke -13



Ha apa lagi set semua tarikh-tarikh penting tu dalam kalender,phone reminder, i-pad, tab atau diary anda..... bagi yang harus pulang ke kampung halaman anda untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara pula,  silalah merancang dengan teliti  jadual perjalanan anda.... elakkan kesesakan lalu lintas ataupun kehabisan tiket bas mahupun tiket kapal terbang........ heheheh...


Lagi satu nak tanya..... 

Anda dah buat ke penyemakan daftar pemilih????.... saya sudah.....


Ini Mr. B punya semakan daftar pemilih - tempat mengundi  = Bandar Bukit Tinggi, Klang

Ini saya punya semakan daftar pemilih - tempat mengundi = Taman Maznah, Klang

Dah nama pon suami isteri dan bukannya adik-beradik... makanya tempat mengundi pon berlainan... heheheh itu semua tak penting manapon ... asalkan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia kita jalankan.... ingat tau pergi mengundi ... jalankan tanggungjawab dan kewajipan anda kepada negara..... dan yang penting undi adalah RAHSIA....


Ha bagi yang masih belum menyemak daftar pemilih pula silalah layari ke http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php untuk membuat penyemakan tempat mengundi anda.... buat awal-awal senang... so that nanti tak adalah terkocoh-kocoh atau salah tempat mengundi... kan dah buang masa dan waktu.... heheheheh

Oklah setakat ni sajalah ulasan saya untuk hari ini.... kerana banyak lagi kerja-kerja lain yang menanti... assignment, office works... dan macam-macam lagi.... sebelum saya tinggalkan kalian semua mari kita sama-sama nyanyi lagi  MARILAH MENGUNDI....

Ok  r u ready guys?????...... 

1.....2.....3....

Marilah mari

Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Cewahhhhh..... .

P/s :- Nampak tak wording yang saya warnakan merah di dalam lirik lagu diatas??.. ha tu 2 perkara wajib yang anda harus ingat.... heheheh.






No comments:

Post a Comment