Friday 2 November 2012

CARA BERPAKAIAN SEORANG MUSLIMAH YANG BETUL

Untuk tauladan dan renungan kita bersama...... buat renungan dan panduan saya juga.... maklum lah zaman moden fesyen pon moden ...... kalau zaman dahulu kita bertudung ramai yang kata kita kolot, kampung dan tak style ...... dengan menongkah arus permodenan sekarang fesyen bertudung menjadi pedorong untuk lebih ramai lagi wanita-wanita islam kini bertudung.

Dengan peningkatan wanita-wanita islam dizaman sekarang yang bertudung maka timbullah pelbagai gaya dan style tudung direka untuk menepati citarasa wanita islam dizaman kini dan sekaligus merupakan mata pencarian kepada pengusaha-pengusaha tudung.

Namun, barang diingat..... bukan sahaja dengan bertudung maka lengkaplah syariat kita sebagai seorang muslimah...... pemakaian juga harus kita jaga......

Mari lihat contoh gambar dibawah sebagai teladan dan panduan buat kita semua.........




Di atas ini adalah cara pemakaian yang TIDAK harus kita teladani...... kerana ianya masih tidak mengikut syariat menutup aurat yang disuruh didalam agama kita iaitu ISLAM.



Saya akui saya sendiri pon masih juga kadang-kadang berpakaian dalam seperti beberapa gambar rajah diatas...... dan masih lagi berusaha untuk kearah yang lebih baik.Oleh dengan itu, marilah sama-sama kita melihat panduan menutup aurat dan cara berpakaian yang betul di dalam ISLAM yang dituntut oleh syarak unutk panduan kita semua.





Inilah dia cara pemakaian yang WAJIB kita teladani dan ikuti.......


Ya Allah Ya Tuhan ku....
Kau Permudahkan aku dalam Menurut Perintahku
Kau Lembutkan Lidahku dalam Menyebut Nama Mu
Kau Hiasi lah Diriku dengan sifat-sifat Mahmudah
Kau Jauhilah Diriku dengan sifat-sifat Mazmumah.....

Kau peliharalah Auratku dari keaiban...
Kau tetapkan Iman ku didalam Dadaku
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....


Marilah sama-sama berusaha untuk kearah kebaikan..... moga kita menjadi hamba yang senantiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Renung-renungkan dan semoga jadi panduan.







No comments:

Post a Comment