Tuesday 30 October 2012

Ajaibnya Kuasa Allah SWT...... - Janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di dunia

Subhanallah (سبحان الله) Maha Suci Allah SWT yang menciptan makhluk dan mencampakkan roh ke jasad. Bila diseru “jadi maka jadiah”.

Dengan kuasa Allah janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di luar rahim ibunya sehingga menjadi bayi yang sempurna. Kejadian ini berlaku di Hanover, Jerman. Gambar yang anda lihat di bawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja masuk 15 minggu. Hanya dengan keadaannya sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat hanya 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Agak-agak anda lah bila pertama kali lihat, apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?




Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.






Selepas 6 bulan janin ini dipantau rapi, janin ini kemudiannya sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Janin berusia 15 minggu mampu hidup di dunia

Kekuasaan Allah yang tiada tolok bandingan........  Sekuat dan setabah hati si ibu melahirkan si anak dan berdoa agar si anak hidup .... sekuat itu juga lah hati si anak mengharungi ketabahan untuk meneruskan hidup...... Mari kita semua mengambil iktibar dari kejadian diatas... mari sama-sama kita muhasabah diri sendiri...... 
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kita umat manusia..... moga kita dijauhkan dari golongan orang -orang yang kufur nikmat. Wassalam.....

No comments:

Post a Comment