Sunday 3 June 2012

U.L.C.E.R.M.U.L.U.T.....

 

TAHUKAH ANDA.....

Kebanyakan dari kita mesti pernah mengidap ulcer. Ia boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira umur dan jantina, namun golongan yang berisiko mudah dijangkiti ulcer adalah wanita mengandung dan wanita yang datang haid.

Ulcer ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria didalam mulut dan juga terjadi disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam e.g: tulang ikan). Selain daripada itu terdapat juga faktor lain boleh terjadinya ulcer. Faktor-faktor lain tersebut adalah kekurangan zat makanan, tekanan (stress), kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor. (so rajin-rajinla gosok gigi atau kumur-kumur selepas makan eak)

Tanda-tanda anda pengidapi ulcer mulut adalah:-
  • terdapat benjolan merah dan tompokan putih pada dinding-dinding bibir atau lelangit atau lidah
  • terasa pedih apabila makanan terkena pada tempat yang dijangkiti ulcer
  • hilang selera makan atau minum akibat dari kepedihan yang terasa akibat jankitan ulcer
  • rasa cepat marah dan malas nak cakap dengan orang sekeliling
  • rasa seperti mulut dihiris-hiris dengan sembilu apabila gigi bergeser dengan tempat jangkitan ulcer (ada gak kadang-kadang sampai tumbuk-tumbuk meja menahan sakit)

Langkah-langkah pencegahan ulcer dari bertambah teruk adalah:-
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Kurangkan makanan atau minuman yang bergas atau berasid
  • Banyakkan selawat, sebab ianya penyakit yang Tuhan datangkan kepada kita adalah sebagai peluntur kepada dosa-dosa kecil yang kita lakukan
  • Banyakkan bersabar
Diantara ubat-ubatan tradisional atau moden yang kita boleh juga gunakan untuk melegakan ulcer mulut adalah :-

Traditional

  Ambil sedikit garam dan oleskan ditempat yang dijangkiti ulcer

Ambil sedikit magarine dan oleskan ditempat yang dijangkiti ulcer


Sanjin Watermelon Frost
Chinese herbs - boleh didapati di Watson dan Guardian dan amat berkesan dan cepat melegakan ulcer

Moden



Bonjela - huhuhuhu pedih  saya xsuka guna bonjela (tapi kalian bole cuba kalo mahu)


Oralmedic - Not bad gak la this medicine, cepat cure.




Iglu - sejukkkkkkkknyaa rasa nyaman hehehe

dan bnyak lagi dipasaran..... tp antara banyak-banyak ubat ulcer yang saya pernah cuba.... yang paling best sekali adalah ubatan cina (kulit buah tembikai)... walaupun rasanya pahit-pahit, namun kesannya amat cepat. Credit to Mr. B sebab beliau la yang recomend kan saya ubat ni..... heheeheh

P/S : bersabarlah dengan segala ujian yang datang. Kerana sabar itu separuh daripada IMAN.... dan setiap penyakit yang didatangkan oleh Allah SWT kepada kita adalah pengapus kepada dosa-dosa kecil yang kita lakukan seandainya kita tabah dan redha menerimanya........

PERINGATAN!!!!!!!
 Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

No comments:

Post a Comment