Anda kenal akan siapakah dia gerangannya ainul Mardhiah????.....
"SEINDAH NAMA DAN SECANTIK RUPA PARASNYA" itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya gambarkan siapa itu Ainul Mardhiah...
Dan kenapa kisah Ainul Mardhiah yang ingin saya kupas dan bukannya orang lain.... jawapannya ada pada perenggan -perenggan saya dibawah ini :-
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita
semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah)
katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia
akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2
syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak
tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu
hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang
lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan
Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka
sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi
tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi
cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau
berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang
sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini
bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih
kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di
dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama
tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu
menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah
ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata
itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu
mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama
dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak
pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku
diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak
daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di
ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di
dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah
syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu
makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah
bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid
tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw
menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata
memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu
untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la
manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.
Menarik bukan... sehinggakan saya berangan sekiranya saya dikurniakan cahaya mata perempuan akan saya namakan beliau dengan nama"AINUL MARDHIAH" yang bermaksud bidadari untuk orang yang
berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT.
InsyaAllah, .
No comments:
Post a Comment