As-Salam dan hi semua,
Maaflah banyak post yang tertunggak dan tak dapat nak dikarang ... maklumlah kebelakangan ini saya amat sibuk.... dengan final exam lagi ... pastu kebetulan kedua-dua anak kesayangan saya tidak sihat dan demam.... jadi perhatian harus diberi penuh untuk mereka berdua......... hurmmmmm dan yang terbaru dan paling wat saya sayu adalah anak sulong saya Muhammad Fareez Iskandar yang sekarang ini makin kerap menangis dan tak mau ke sekolah....... Bangun pagi ok..... mandi ... pakai baju.... minum susu..... semua ok.... masok keta ok.... hantar ebbie pastu terus hantar saya ke tempat kerja..... dalam perjalanan saya peluk dan selalu berborak dengan dia .. saya pesan belajar rajin2... jangan nakal2.... jangan nangis..... salam teacher n tolong teacher.... jadi anak murid yang cemerlang..... semua beliau kata ok... dan promise dengan saya tak mau menangisssss.... tapi Mr. B selalu update lepas hantar yaya ke sekolah dan Mr. B cakap yaya nangis lagi lah... n tak mau pergi sekolah..... hurmmmmmm.... risau diwatnya..... kenapa yaya bertindak demikian?...... runsing hati ini..kenapa eak agak2?..... maybe dia rindukan saya sebab tiap2 pagi papa yang hantar yaya ke school dan fetch yaya dari school.... muka saya jarang2 kelihatan hantar dan fetch yaya.... maklumlah seorang bapa tak mungkin sama dengan seorang ibu.....
Harap sangat yang dia akan ok..... dan mula suka sekolah dan suka pergi sekolah...... kalau Mr. B cakap Yaya hampir berlari keluar tak mau kesekolah dan seharian duduk di office sekolah dan tak masok kelas.. rasa ralat sangat..... sorry to all the teachers for his behavior.... before this yaya okay je.... beliau suka ke sekolah dan tak sabar2 nak kesekolah..... sampaikan kalau saya sebok menyusun barang2 sekolah beliau atau tengah iron baju beliau tanpa rasa jemu beliau akan setia menunggu hingga saya selesai.....
Namun setelah beliau sembuh dari demam dan terpaksa ambik cuti 2 hari untuk meredakan demam beliau... beliau mula berubah perangai..... kenapa eak????.. risaunya...... bila tanya everythings is fine and okay.... Ya Allah kuatkan semangat beliau untuk belajar... cekal dan tabahkan lah hati dan minda beliau untuk menerima ilmu dunia dan akhirat..... amin Ya Rabbal Alamin...
Fikir punya fikir .. dan sebelum masalah ni makin meruncing saya decided with Mr.B untuk berjumpa dan berbincang dengan teacher beliau ..... moga2 dengan nasihat dan panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dari membantu saya dan Mr. B mengatasi permasalahan anak saya ini..... amin.... Ya Allah permudahkan lah segalanya... amin... Mr. B cepat apply cuti.... biar setlle cepat lagi baik... demi masa depan anak kita......
DUHAI SAYANG,
BERTABAHLAH DIKAU DENGAN SETIAP DUGAAN DAN CABARAN DUNIA
CEKALKAN LAH HATI MU DEMI SEGUNUNG ILMU....
JANGANLAH DIKAU BERSEDIH LAGI.....
SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENYAYANGIMU SAYANG....
SETIAP DUGAAN DAN CABARAN YANG KAU TEMPUH DEMI SEGUNUNG ILMU AKAN KU TEMPUH BERSAMU....
DUHAI SAYANG INGATLAH PESANKU ...
WALAU KITA BERJAUHAN SEKALI PUN HATI MOMMA TETAP UNTUKMU...
KASIH DAN SAYANG MOMMA TERHADAPMU TIDAK PERNAH LUNTUR....
BERSABARLAH SAYANG...
JANGANLAH KAU BERSEDIH HATI....
GIRANGKAN LAH HATIMU BERSAMA TEMAN-TEMAN MU DISEKOLAH....
DENGAR LAH NASIHAT DAN TUNJUK AJAR GURUMU DEMI MENJADI SEORANG YANG BERILMU DAN BERGUNA DIMASA HADAPAN.....
DUHAI SAYANG....
DOA MOMMA DAN PAPA TIDAK PERNAH PUTUS MENGIRINGIMU WALAU DIMANA PUN JUA DIKAU BERADA....
KAU ADALAH PERMATA HATI KAMI... DAN KAU JUGALAH CAHAYA YANG SELALU MENYINARI HIDUP KAMI.....
BERTABAHLAH SAYANG....
YAKINLAH BAHAWA TUJUAN MOMMA MENGHANTARMU KESEKOLAH BUKAN KERNA MOMMA MEMBENCI DAN TIDAK MAHU MENJAGA DAN MANGAJARMU....
MOMMA HANYA MAHU KAMU BELAJAR BERDIKARI DAN MENJADI SEORANG YANG BERGUNA SUATU HARI NANTI.....
BERSABARLAH SAYANG... KERANA MOMMA YAKIN BAHAWA KAMU MAMPU MELAKUKANNYA.....
BERHENTILAH MENANGIS SAYANG....
KERNA ILMU ITU ADALAH SUATU YANG AMAT BERMANFAAT DALAM HIDUP ..... DENGAN ILMU JUGALAH KITA DAPAT MENGAPAI APA YANG KITA CITAKAN....... BUKAN KE KAMU MAHU MENJADI ENGINEER????....
BERTABAHLAH SAYANG....
MOMMA SAYANGGGGGGGG KAMU SELAMANYA..........
Assalamualaikum Cik Puan,
ReplyDeleteizinkan saya membaca coretan cik puan ye :) InsyaAllah, kami guru2 faham dengan kerisauan ibu & ayah bila anak menangis bila ke sekolah. dalam masa yang sama, kami juga faham perasaan dan kerisauan anak-anak yang menangis bila ke sekolah.. Selalunya awal tahun kami guru2 di TCAZ memang berganti2 dalam 'counseling department'untuk anak-anak baru ni ;) kami tak kesah, seronok dapat layan telatah mereka..
Kalau nak tau, hari ni, waktu saya sedang 'kaunseling' seorang murid 5 tahun yang sedang menangis, ada seorang lagi abang 5 tahun yang sedang tunggu giliran kaunseling. Macam biasa, Fareez dah jadi warga pejabat guru memang jadi pemerhati jelah. Tapi kali ni dia pergi kat abang 5 tahun yang sedang menunggu tu dan pegang bahu abang tu sambil kata, "Kenapa ni.. Janganlah menangis.. Cikgu-cikgu kan ade..Kalau nak apa-apa minta je kat cikgu.. Dah dah.. jom kita main kat luar.." Eit? Punya lah terkejut saya.. Ooo.. rupa2nya Fareez ni diam2 ubi berisi.. ;) Dalam diam dah naik pangkat jadi pembantu kaunseling, masyaAllah...! ;D
Sama2lah kita bagi Fareez masa untuk adapt dengan suasana baru. Lagi pun dia baru 4 tahun.. Anak2 ni ada kerisauan tersendiri. Ada juga anak2 yang bila demam atau cuti panjang, mereka rasa segan/bersalah sebab lama tak pergi sekolah. Setakat yang kami perhatikan, Fareez sedang belajar untuk bergaul dengan murid yang lain. Suasana di tadika berbeza dengan rumah. Di rumah sentiasa tenang, orang pun tak ramai. Tapi di tadika ramai kanak2 dari pelbagai latar belakang berbeza. Mungkin Fareez masih rasa kurang selesa, sebab tu dia suka buat aktiviti sendiri dalam bilik guru ^^, Dalam bilik guru pun Fareez belajar juga, tolong teacher kemas, dengar teacher2 meeting ^^, Harap perkongsian ni dapat legakan hati ibu dan ayah Fareez. Wslm - Tc. Edzati.
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah... rasa bersyukur dengan perkembangan anak saya. Sememangnya beliau sangat petah berkata2.. kadang2 kata2 yang keluar dari mulut beliau amat menakjubkan dan kami sendiri pon tidak menyangka yang beliau akan berkata sedemikian... lagak beliau seperti orang dewasa....
Saya sebagai ibu amat berterima kasih diatas perhatian guru2 di TCAZ terhadap anak saya. Jasa dan pergorbanan guru2 di TCAZ amat saya hargai.
Bergenang air mata saya tanda gembira melihat perubahan demi perubahan yang anak saya telah tunjukkan dan blog ini telah menjadi platform untuk saya berkomunikasi dengan guru2 di TCAZ bagi mengetahui perkembangan Fareez Iskandar...
Sebagai contoh semalam setelah kami pulang ke rumah sambil bermain beliau tidak henti2 berselawat keatas Nabi junjungan kita Muhammad SAW... walaupun sedikit pelat namun hati saya amat tersentuh dan berbangga mendengar beliau berselawat... ini bermakna segala ilmu yang diajar disekolah dapat diabsorb oleh beliau sedikit demi sedikit.
Untuk pengetahuan Teacher Edzati, saya mengambil keputusan penuh untuk menyekolahkan Fareez Iskandar seawal usia 4 tahun adalah kerana setiap kali saya cuba untuk mengajar beliau dirumah beliau akan mudah bosan dan focus beliau terhadap pembelajaran amat kurang tapi focus untuk main amatlah tinggi... tengah belajar pon mata sempat melirik kearah toys beliau .. sabar jela... pastu dah tak leh tahan terus tutup buku dan cakap "okaylah momma kita nak main dulu.. kita da penat.. nanti kita sambung study balik eak".. bertuah kan dia.. hehehe ... Saya ada terfikir juga, mungkin pendekatan yang saya gunakan tidak berapa berkesan dalam penerapan ilmu kepada beliau... dek kerana saya amat risau tu yang saya decided nak hantar beliau ke sekolah... dan Alhamdulillah niat dan keputusan saya membuahkan hasil..... terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada tenaga pengajar di TCAZ dan semoga Muhammad Fareez Iskandar menjadi seorang anak yang solleh dan cemerlang dimasa akan datang ... Amin Ya Rabbal Alamin.... dan terima kasih juga diatas kesudian Teacher Edzati dan Ibu Zarah membaca post2 diblog saya. :)
Sekian, wassalam.