Tuesday, 19 February 2013

SESUNGGUHNYA SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...

Assalamualaikum semua, diharap kalian sihat dan ceria dipagi yang indah ini.


Apa itu طبر ???

Maksud sabar menurut kaca mata saya dapat dimenteraikan kepada dua konteks iaitu dalam konteks Islam dan juga dalam konteks bahasa.

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang pelu dan mesti wujud dalam diri setiap umat Nabi Muhammad SAW, ini adalah kerana sifat sabar adalah perkara yang paling asas dalam akhlak didalam agama Islam, bahkan ianya juga merupakan ibu kepada akhlak di seluruh dunia..... manakala....

Dari konteks bahasa pula, sabar bermaksud menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.

Bahkan banyak ayat-ayat didalam Al-Quran membicarakan perihal sabar, sebagai contoh :-

“…dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Baqarah 2:177)
Malahan Nabi Junjungan kita  juga pernah bersabda :
"As-Sabbrun minal iman"

Maksudnya;


“ Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat al-Baihaqi)
Makanya sebagai seorang muslim kita haruslah mempunyai sifat penyabar... tak kira walau apa pun jua yang kita kerjakan kita harus bersabar....sebagai contoh... sebenarnya topic kali ini ada kena mengena dengan diri saya sendiri.... setiap hari setiap masa setiap apa yang saya lakukan memang memerlukan kesabaran yang tinggi... dan saya yakin kawan-kawan pon begitu juga... 
Tugas saya tidak hanya terbatas sebagai seorang ibu sahaja.... saya juga merupakan isteri, anak, pekerja , pelajar, kakak , adik dan yang paling penting seorang hamba kepada Tuhan-NYA... ALLAH SWT. Dengan masa putaran yang cuma ada 24 jam sehari memang tak terlaksana saya nak lakukan tugas-tugasan harian saya.... mana nak kejar kerja, mana nak kejar siapkan anak-anak, mana nak curi masa untuk bermain dan bergurau dan mengajar mereka, mana nak curi masa mengemas rumah dan menyediakan kelengkapan kami sekeluarga, melayan suami, melayan kerenah anak-anak, study , pergi kelas.... dan lain-lain lagi... kalo nak cakap semua memang tak kan habis..... jadi kesimpulannya semua kerja yang kita hendak lakukan mesti mumpunyai kesabaran yang tinggi....
Tapi kali ini saya bukanlah nak merungut atau mengeluh degan setiap tanggungjawab yang harus saya galas.... saya cuma ingin berkongsi dengan kalian akan nikmat yang kita peroleh dengan bersabar...... nak tau apa dia..... jeng jeng jengggg..... yang pasti nikmatnya bukan lah mengenai wang ringgit atau barangan yang mahal-mahal.... Sesungguhnya Allah SWT itu  Maha Agung dan Maha Kaya...  
Hati ibu mana yang tidak rasa bahagia ... apabila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari dan yang ditatang bagai minyak yang penuh... menunjukkan hasil yang Alhamdulillah dan mampu dibanggakan bagi saya.... walaupun mungkin bagi kalian ianya mungkun hanya biasa-biasa saja... namun pada saya  ianya amat bermakna dan menyentuh jiwa dan naluri saya sebagai seorang MOMMA....
Kalau kalian perasan dalam bulan lepas saya ada mencoret mengenai perihal anak sulong saya yang menangis tiap kali mahu ke sekolah... link nya ada dibawah....
dimana ketika entry tersebut dipost.. hati dan perasaan saya masih lagi risau dan gundah-gulana memikirkan apakah yang harus saya lakukan agar anak saya tenang dan minat ke sekolah.... Alhamdulillah di ketika itu jugalah saya menerima kunjungan maya dari Mrs. Principle ditadika beliau sendiri di blog saya ... memberi semangat dan pelbagai tips untuk menangani permasalahan beliau.Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau http://ibuzarah-tadikaceriaaz-zahrah.blogspot.com/ or http://www.azzahrah.net/kenali-kami.html kerana sanggup turun padang menurunkan ilmu kepada kami ibubapa dalam mendidik anak-anak yang masih mentah.
Ababila anak dah kesekolah, pelbagai perasan yang bercampur-baur muncul dalam diri kita, lebih-lebih lagi kita sebagai ibubapa harus memikirkan persediaan kita dalam memberi lebih ruang, masa dan perhatian yang penuh terhadap anak-anak agar mereka rasa tidak terabai. 

Muhammad Fareez Iskandar... baru berusia 3 tahun 9 bulan.. (xcukup 4 tahun) lagi...macam-macam kerenah beliau ketika nak kesekolah.... 1st day nak g sekolah ...  happynya MasyaAllah... tp ada lah lepas-lepas tu beliau start boring g sekolah dan wat perangai tidur lewat dan susah nak gerak g sekolah... kadang-kadang menangis ... kadang-kadang tak mau mandi... kadang-kadang tak mau pakai uniform nak pakai baju casual.... kadang-kadang nak pakai baju casual tak nak pakai uniform... macam hari ini... sepatutnya pakai casual.. beliau nak pakai uniform... padahal saya da iron jubah beliau malam tadi... terus g iron uniform beliau pulakkk.... pastu bila nak pakaikan baju... sekajap nak papa dia sekejap nak saya... dua tiga kali macam tu... at last.... beliau untuk memilih untuk dipakaikan baju oleh saya....  nak tau kenapa???? sebab saya SABARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR lebih sikit dari Mr. B ..heheheh
Since beliau masok sekolah ni... memang pelbagai kerenah beliau.... cepat mngamuk... cepat merajukkkk.... mula-mula saya tension jugakkkk.... dan pernah saya menangis dan berasa bersalah dan give up kerana saya fikir salah saya sebab hantar beliau kesekolah terlalu awal... dan beliau masih belum bersedia untuk melangkah ke alam pra-persekolahan..... ... sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui dalam setiap rencana-NYA untuk hambaNYA.... hati saya digerakkan agar tabah untuk meneruskan perjuangan saya demi kebaikan yang akan datang untuk anak-anak.... dannnn..... hasillllllllllllllllllllnya.... berkat dari kesabaran  Alhamdulillah ...jika selama ini saya zikir dan selawat  dirumah sekalipon beliau xpernah ikot .... tapi berkat kesabaran .... satu persatu Allah tunjukkan perkembangan beliau.....

PERTAMA :

Ketika beliau pulang saja kerumah kami... 1st thing yang beliau buat susun selipar beliau... ambil beg sekolah dan keluarkan baju kotor beliau dan letak ketempat yang sepatutnya.... susun beg beliau dan mula mengajak adik beliau bermain.

KEDUA :

Dah mula pandai menunjukkan sikap bertolak ansur... dan mendahulukan adik beliau... (kalau sebelum ni beliau memang tak akan mengalah).

KETIGA :

Suka membantu saya dirumah contohnya : - bagi ikan makan, kutip sampah, kemaskan mainan selepas bermain, kalau saya memasak pulak... pasti beliau akan cuba sedaya upaya untuk menolong saya... (koyakkan cendawan ke, patahkan sayuran ke) , tolong saya angkat dan susun baju selepas lipat. dam bermacam lagilah.

KEEMPAT :

Dah mula mendengar kata, kalau before this pergi je shopping mall confirm akan ada toys yang beliau beli... sekarang beliau dah mula memahami yang toys tu tak penting ... dan mula minat nak beli buku dan baca buku... Alhamdulillah.

KELIMA :

Yang paling saya tak akan lupa hingga keakhir hayat saya ialah....  pada suatu hari tanggal 25 Januari 2013.. ketika beliau sedang menunggang basikal beliau di rumah mulut beliau tak henti-henti berselawat ke atas Nabi Junjungan kita dan diantara bait-bait selawat beliau adalah "Sallallahuala Muhammad Sallallahuala Wassallam... "  beliau ulang sebanyak yang mungkin... dan ianya benar-benar menyentuh jiwa saya dan air mata saya berlinangan.... dan disaat inilah saya berfikir dan tersedar bahawa memang pilihan saya menghantar beliau ke tadika islam adalah satu pilihan yang tepat.... 

KEENAM :

Beliau da mula menggunakan perkataan yang indah-indah ketika melihat akan sesuatu kejadian atau berita... contohnya : "MasyaAllah tok ramainya orang kat pasar malam ni"...
                  " Alhamdulillah abang dah kenyang dah momma"....
                  "Astagfirullahalazim... Ebbie (merujuk kepada adik beliau) ni suka buat sepah kan momma"...

KETUJUH :

Beliau dah kurang menangis bila nak  kesekolah dan mula tidur awal dan mudah untuk bangun pagi dan mandi untuk kesekolah.

KELAPAN:

Dah mula berjimat untuk saya.... sebab sekarang beliau dalam proses untuk belajar meNYAH buang pampers beliau.... dah pandai ketoilet sendiri kalau nak kencing... (tapi kadang2 ada gak lah terlepas jugak... hahahahaa.. betuah)

Dam bermacam lagi perubahan ketara dalam diri beliau yang saya lihat semakin petah dan matang.... bila dah jadi ibu ini baru kita tau kenapa perlunya dan betapa pentingnya sikap sabar dalam diri kita demi kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak... dan baru saya tau sebagai seorang ibu.. kita tidak boleh memaksa anak kecil kita melakukan itu dan ini tanpa kerelaan mereka.... tetapi kita kena sama mendalami  dan menyelami perasaan dan jiwa mereka sebagai kanak-kanak.....  macam program yang diadakan di Tadika Ceria Az-Zahrah... "A Day in Their Shoes"... memang satu program yang amat bagus dalam mendalami hati seorang anak kecil. banyak manfaat dan ilmu yang kami perolehi sebagai ibubapa. heheheh nanti yang ini saya akan sharekan kat entri yang lain eak.

Jadi sebagai penutup... kepada ibu-ibu diluar sana.... janganlah kita jadikan kepenatan kita dalam menguruskan hal yang pelbagai sebagai alasan untuk kita abaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa dan juga menjadikan anak-anak kita sebagai "punching bag" untuk melampiaskan rasa marah atau tertekan kita dengan kerja seharian.... berilah ruang dan waktu untuk bersama dengan mereka.... dan belajar untuk memahami mereka dan mendekati mereka ..... kita sebagai ibubapa haruslah menjadi sahabat yang paling baik dengan anak-anak kita agar keakraban dan kasih mesra dengan anak-anak dapat terjalin dan mereka sudi berkongsi cerita dan masalah dengan kita..... sentiasa tanamkan dalam diri kita bahawa anak itu bukan hanya penyambung generasi kita tetapi mereka jugalah aset terpenting kita dimasa kita telah tiada..... sesungguhnya anak-anak yang solleh dapat menjamin kita diSANA nanti.... InsyaAllah.

Sekian














Monday, 4 February 2013

PERADUAN SI CILIK FOTOGENIK by HUGGIES - Part 1


As-salamualaikum and Hi  semua....

Dipagi yang indah ini sedang saya meninjau-ninjau update terkini di facebook, saya terlihat akan satu 
post mengenai ini....




Maka dengan sepantas kilat jari-jemari saya meng "like" Fanpage  Huggies Malaysia.Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan peraduan diatas :


Tempoh Peraduan:   1 Jan - 28 Feb 2013

Hadiah: 
  • Hadiah Utama: Wang tunai RM40,000 + bekalan Huggies Dry Pants untuk 1 bulan
  • Hadiah Pertama: Wang tunai RM3,000 + bekalan Huggies Dry Pants untuk 1 bulan
  • Hadiah Kedua: Wang tunai RM2,000 + bekalan Huggies Dry Pants untuk 1 bulan
  • Hadiah Ketiga: Wang tunai RM1,000 + bekalan Huggies Dry Pants untuk 1 bulan
  • Hadiah Saguhati x 5: Wang tunai RM500 + 1 pek Huggies Dry Pants 

Cara Penyertaan:
  1. Beli pek Huggies Dry Pants.
  2. Ambil gambar bayi dalam gaya paling kreatif memakai Huggies Dry Pants.
  3. Hantar gambar dengan Huggies FB fanpage untuk mendapatkan kod pengesahan.
  4. Tulis kod pengesahan yang diberi di atas resit.
  5. Hantar resit anda ke alamat yang ditetapkan.
Layari FB Huggies Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut.


Hah tak da lah susah sangat kan.... cuma hanya dengan beberapa langkah ringkas sahaja terus boleh sertai peraduan diatas, Lagipon anak-anak saya memang dah pakai Huggies ..... dan Alhamdulillah mereka sesuai dan selesa memakai Huggies... even Huggies Dry Pants pon mereka dah cuba.... ianya mudah dan amat selesa dan senang dipakai.... lebih2 lagi ketika keluar berjalan-jalan..... sarung je.... xdalah diapers lari ke apa ke.... terletak je... bila maximum penuh pon xdalah terus bocor dan pecah sampai mengeluarkan gel-gel yang mengelikan ...sebab Huggies diperbuat daripada kapas lembut yang dapat menyerap terus air kencing anak-anak kita..... walaupun dah dua tiga kali kencing.... punggung anak saya masih lagi kering dan tidak melekit dan basah.....  Harga pun berpatutan... dan  yang penting kebersihan dan kesegaran kulit anak saya terjamin....  No more rashes coming out....Alhamdulillah... jadi bertukarlah. (budget boboiboy lah pulak kan saya ni)

Dah dah dah.... stop dreaming.... coz lepas ni nak mimpi benda yang lebih besar dan bernilai lagi..... hahah Apakah itu??????
Jeng jeng jeng.........

Cuba kalian melirik- lirikan mata kalian ke Hadiah Utama ............ WOWWWWWWWWWW!!!!! RM40,000.00 ... banyak kan  free bekalan Huggies untuk sebulan lagi.... hehehe menarikkan... semua yang sertai peraduan ini pasti mengimpikan hadiah utama tersebut bukan??????.. (eleh xperlu malu-malulah mengaku saja....... kan kan kannnnnnnnn.....watpe nak malu sebab saya pon sama jugak.... banyakkkkkkkkkkkk tu sapa yang tak nakkkkkk berbaloi-baloiiiiiiiiii).... heheheheheheheeheh.... semuanya bergantung kepada USAHA + DOA + TAWAKAL + LUCK untuk berjaya..... betul takkkk.... heehehehe... kalo sebelum ni saya sering kali terlepas peraduan-peraduan yang best-best cam ni sebab memanjang sebokkk... namun kali ini saya bertekad untuk menyertainya juga....... menang ke kalah ke.. itu semua belakang kira.... yang penting kita usaha..... kalo menang Alhamdulillah syukur... dan kalau kalah next time leh cuba lagi.... betul tak..... heheheh.... 


Hurm.... memandangkan hari ini dah 05.FEB.2013... maka hanya tinggal lagi 23 hari saja lagi untuk membuat persiapan menyertainya.... heheheh.... apa persediaan kalian?????.... saya pon xwat pape lagi.... hari ni baru je dapat tau mengenai berita ini...makanya semua persiapan akan bermula lebih kurang dalam this weekend lah... coz kalau weekdays memang tak dan nk wat semua... nak amik picture bukan main snap je... kena fikirkan angle dan pose yang menarik untuk diambil....... hurm nak wat pose cam ne eak? .... takot pulak si kecik tu not in mood nak berfoto..... hehehehe..... al-maklum jela... budak kecik... kadang-kadang tak suruh amik gambar pon dia sebok suh amik gambar dia.... bila nk ambik gambar dia pulak cam malu-malu dan wat perangai tak mau tengok camera....... hehehhehe..... 


Eh eh eh..... saya dah baca T&C td....selagi budak kecik pakai diapers dia still can join the contest right???????.... xda spesific had umur kan.????... kan????... Kan?????.... (harap2 adalah yg sudi menjawab pertanyaan ni  bagi merungkai kemusykilan yang ada dibenak hati dan fikiran..... )

Balik ni sebelum tido nak fikir lah idea2 yang bernas untuk mencari idea gaya posing si cilik saya.... heheh harap-harap Mr. B... bersetuju dan menyokong dengan padunya niat saya untuk mencalonkan si cilik ini........ 




sebagai pencalonan.... may luck is yours ebbie tebbie bam bam...Amin Ya Rabbal Alamin ... okie dookie bersambung to the next post ya.......

P/S : Buat teman-teman yang lain... marilah kita semua meramaikan peraduan ini.... hehehe SHARING IS CARING RIGHT... untuk maklumat yang lebih lanjut usia... dam berpengalaman silalah layari sendiri di http://www.huggies.com.my/ ........ 


Go go go caiyokkkkkkkkkkk!!!!!!!... 

Sekian, terima kasih.