Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
WORDLESS WEDNESDAY #8
Many works and assignments to complete..... syhhhhhhhhhhhhh stay focus and pray for the smooth. |
8 Sebab Kenapa Isteri Zaman Sekarang Susah Nak Mentaati Para Suami.. (Part 1)
Seperti yang kalian sedia maklum banyak sekali didada akhbar menerbitkan isu-isu sang isteri yang derhaka dan tidak mentaati suami pada masa kini ada yang sanggup melakukan penzinaan dengan lelaki lain, ada yang pergi meninggalkan suami dan anak-anak terkapai-kapai sendirian, isteri dera suami dan macam2 lagilah permasalahan dikalangan para suami dam isteri masa kini.......
Kenapa agaknya perkara diatas boleh berlaku dimasa kini????.... sedangkan seperti yang kita sedia maklum para isteri itu tugasnya adalah untuk membantu dan membuat suami merasa bahagia...... adakah apabila perkara sebegini terjadi kita sebagai masyarakat hanya memandang serong dan menghukum para isteri dan keluarga para isteri khusunya ibubapa isteri dengan menyatakan yang mereka tidak tahu menjaga anak perempuan mereka.......... tidak kah kita fikirkan punca dan akibat daripada kejadian sedemikian terlebih dahulu sebelum melemparkan segala tomahan dan cacian tersebut........ ( hehehehehe terover emosi la pulak kan)
Kawan-kawan, pernahkah kalian terdengar akan satu pepatah omputih "Nobodies is perfect, only Allah is perfect" (yang belakang 2 saya yang sendiri tambah eak)..... jadi seiring dengan pepatah tersebut kita kenalah tengok on the both sides, xlehla nak main tunding jari meyalahkan satu pihak je..... orang pompuan ni kan "very fragile"...... lebih-lebih lagi para isteri..... bila dia da setuju nak kawen dengan seseorang lelaki tu maknanya dia rela untuk sehidup semati dengan lelaki tersebut...... hati orang popuan ni kan sekeras kerak nasi.... kalo dipujuk dirayu maka cair la dia... so para suami haruslah memainkan peranan penting dalam bagaimana nak menangani isteri anda (bukan menangani dengan memukul, melempang.... itu da salah konsep eak),.... maksud saya adalah dengan menangai dengan cara yang munasabah dan berhemah...... ambil hati dia, jangan biarkan isteri merajuk lama-lama..... ingat tarikh penting dalam hidup dia.... buat suprise untuk dia..... dan bermacam lagi lah.... itu nanti ada kelapangan baru kita cerita dalam topic bagaimana nak wat isteri anda bahagia dan gembira...... (Cewah budget pakar motivasi rumahtangga tak bertauliah lah pulak eak... heheheheheh)
Macam dah banyak sangat berceloteh ... mari kita selidiki di antara 8 Sebab Kenapa Isteri Zaman Sekarang Susah Nak Mentaati Para Suami? pada kaca mata (walaupun saya tidak memakai kaca mata sebenarnya) saya yang tidak dicopy paste dimana-mana tapi hanya menurut firasat hati dan kewarasan akal sendiri...... yang ni baru Part 1 eak..... punca-punca sahaja..... Part 2 nanti kita akan berceloteh tentang akibat daripada 8 perkara tersebut..... dan Part 3 (yang terakhir) ada mengenai cara-cara mengatasi permasalahan tersebut........
1) Suami Yang Tidak Taat Pada Perintah Allah SWT
Macamana para isteri nak taat pada suami eak kalo suami sendiri tidak taat pada Penciptanya.Macam mana nak membina keluarga sakinah jika sembahyang berjemaah dengan isteri pon jarang-jarang atau tidak pernah dibuat.tepuk dada tanya hati :)
2) Suami Yang Hanya Memelihara Nafkah Batin Namun Mengabaikan Nafkah Zahir
Pernah dengar lagu Sharifah Aini - Seiring dan Sejalan..... sama saja seperti konsep diatas.Bukan nafkah batin yang menjadi kayu ukuran kepada kebahagiaan rumah tangga seseorang individu... namun nafkah zahir seperti makanan, tempat tinggal, pakaian , pendidikan dll adalah lebih penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga sesorang. Macam mana isteri nak taat pada perintah suami, sedang kan isteri mencari rezeki suami dirumah hanya bersenang-lenang menunggu duit isteri. Memangla zaman sekarang ramai dikalangan para isteri lebih bijak dan berkerjaya tinggi dari para suami, namun itu bukanla dijadikan alasan untuk para suami tidak menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri. Dalam hidup kenalah balance.. tak boleh lah nak berat sebelah baru adil dan saksama.... hidup bahagia aman dan sentosa. :)
3) Suami Yang Tidak Tahu Menjaga Kebersihan Diri Sendiri - PEMALAS NO.1
Heheheh... selalu kalau dalam ceramah-ceramah agama atau motovasi kita sering kali dengar isteri kena selalu tampak cantik berseri dimata suami, isteri kena selalu wangi dan berhias untuk menambat hati suami..... sebenarnya bukan para isteri saja yang harus kelihatan cantik menawan dimata suami... sang suami pon kena kelihatan tampan bergaya dimata isteri. Yang paling utama kebersihan diri haruslah dijaga......
a) Rambut, janggut, misai , bulu hidung dan segala bulu yang berkaitan haruslah di trim agar selalu agar nampak kemas dan menarik bukan dimata perempuan lain tapi dimata isteri. (nawaitu tu kena btol)
b)Gigi pulak rajin-rajinlah gosok especially bagi mereka yang suka merokok dan mengamalkan pemakanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti coffee, petai, jering (jengkol - wong jowo ngomong kayo kui) heheh dan yang berbau dan sewaktu dengan nya..... kalo isteri beiya gosok gigi pakai mouth freshner, tapi mulut suami MasyaAllah "harumnya"..... xlalu kot para isteri nk berborak dan bercakap dengan para suami.... so kalo isteri anda tekup hidung guna tangan bila anda bercakap tu... faham2lah maksud isteri anda yang mulut anda 2 berbau.... dan lakukan la apa yang patut....
Biar gigi ronggak asal mulut bersih dan berbau wangi ... baru isteri bertambah sayang. |
c)Bau badan hendaklah dihindari, rokok berkotak2 boleh beli xkan perfume, deodorant xleh beli kot.... x yang mahal yang murah-murah pon ada..... asalkan bau badan hilang, sedap sikit isteri nak bermanja-manja.... ni tidak balik kerja nak salam dan cium tangan suami, first thing confirm bau rokok... pakai la losyen ke pape yang patut.... zaman sekarang orang lelaki pon kena pakai losyen jugak ... bukan orang pompuan saja.....armpit (ketiak) pulak selain di shave hendaklah disapu deodorant barulah wangi dan segar sentiasa..... nak peluk isteri pon rasa selesa....... xdelah nanti tengah-tengah peluk isteri hidung isteri kembang kempis pastu terus pengsan dek tak cukup udara segar... heheheheh....
Gunakanlah deodorant......... |
d)Bau Stokin atau Bau Kaki, jadi suami jangan hanya mengharapkan isteri semata-mata, suami kena bertolak ansur dan bertimbang rasa..... kalo isteri tak sempat nak cuci stokin, awak sebagai suami cuci lah sendiri..... bukan susah mana pon..... masuk dalam baldi, tuang sabun, gonyoh-gonyoh (gosok-gosok), bilas air paip, sidai kat ampai..... (jangan perah ... kang kembang pulak stokin 2).... kalo rasa malas nak cuci tangan basuhlah mesin.... tekan je button on, tekan button water level, tuang sabun dan start..... dah siap cuci sidai..... kalo tak reti gak lah dua- dua cara di atas wat lah stock stokin 30pcs untuk sebulan.... sehari sepasang..... beli je kat giant RM1 satu.... sebulan baru RM30 .... mampukan..... basuh sebulan sekali..... kan senang - ringan sket beban isteri anda..... INGAT!!!! jangan pakai stotkin sebulan sepasang, jaga kebersihan kaki dan kuku kaki..... jangan biar kuku kaki anda sepanjang kuku siamang .... seram kot...... heheeh....
Jangan sampai jadi begini... hilang respect isteri anda pada anda nanti..... |
Fart can cause GLOBAL WARMING in your house.... Please respect others....... |
4) Suami Yang Pentingkan Diri Sendiri dan Berat Membanting Tulang - PEMALAS NO. 2
Hah yang bab yang ni mesti ramai kan para suami selalu buat.... alasan "bukan tak mahu tolong... tapi penat pergi kerja cari duit la yang "...... ehehehehe zaman sekarang ayat 2 dah tak power dan tak releven lagi.... zaman sekarang isteri dah ramai yang bekerja dari duduk rumah sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.... kalau x bekerja diluar pon... isteri-isteri sekarang dah pandai buat online bisnes di blog-blog dan website .... so para suami jangan la malas-malas lagi... sama-sama cari duit sama-sama bantu - membantu... kalau malam anak menangis nak susu rajin-rajin lah bukak telinga luas-luas dan bangun buatkan susu anak ke tukarkan pampers anak ke..... jangan pentingkan diri sendiri dan malas.... kesian isteri anda... bila isteri penat anda tak mahu membantu ini akan menaikkan kemarahan dan stress isteri anda.... bila da marah maka hilanglah rasa respect dalam diri isteri terhadap anda...... duit sama-sama kumpul sama-sama cari... anak sama-sama kongsi... perkahwinan pulak sama-sama suka sama-sama setuju... jadi time buat kerja rumah ke masak ke.. bantulah isteri anda.... jangan asyik bagi menu suruh masak apa hari-hari... cuba sesekali anda masak untuk isteri... sejuk hati beliau nanti.... tolong sidai baju, jangan biar baju tu kering dalam mesin basuh sendiri.... habis crumple-crumple baju semua.... dah kena gosok dah buang karen.... dah membazir.... kan kan kan....
Jangan jadi seperti ini.... jadilah seperti ......... |
INI.... sejuk hati si isteri.... |
5) Kedekut Kasih Sayang Dan Pujian
Agak-agak lah kan... sebelum saya kupas lebih lanjut lagi mengenai isu ini... anda setuju ke tak.... suami zaman sekarang agak malas dan kedekut kasih sayang dan pujian terhadap isteri...... apalah salahnya kalo isteri tengah bersiap nak ke tempat kerja ambik masa beberapa saat peluk dan cakap "awak cantik hari ini"... terus berbunga hati isteri bila dapat pujian suami..... orang pompuan ni kalo nak beli baju dia lah kan ... dia suka suami dia ikot.... dan dalam pada tu mesti dia tanya pada suami dia... "abang cantik x baju ni?..."... jadi sebagai suami jangan terlalu pendek akal atau dalam bahasa omputih nya straight forward.... gunakan psycology anda sebagai lelaki.... jangan melulu jawab xcantik..... reject elok-elok..... jangan singgung perasaan isteri...... tak baik.....
Saya nak tanya la berapa percent suami zaman sekarang especially yang da ada 2,3 orang anak akan pegang and peluk isteri dia bila pergi bersiar-siar????..... kalo ada baguslah... kalo xda.... kenapa???? malu ke pegang tangan isteri sendiri... bukan haram pon..... bila nak tidur jangan sibuk cium dahi anak-anak saja tanpa menghiraukan isteri .... benda ni semua akan buat isteri terasa pada suami...... orang pompuan kalo dah terasa dia tak kan luahkan... tapi dia akan pendam..... makin pendam makin kedalam.... tu yang bila sekali meletop bum bum bum da ba bombbbbbb...... huru hara jadinya...... kalo kita xsayang isteri kita sape lagi nak sayang mereka... jangan sampai orang luar puji dan sayang mereka lebih dari kita sebagai suami sendiri... haru-biru jadinya...... renung-renungkan la....
Gurau -gurau senda cam ni apa salahnya..... makin berseri rumah tangga lagi adalah...... |
Hah yang ni memang tak dinafikan lagi... nak-nak di zaman IT ni..... gadget memang dibawa kemana-mana... kalau tak pakai pakej internet... layan internet sehari serendah RM2 ( hehehe cam wat iklan maxis le pulak) pastu WiFi yang bersepah-sepah dimana-mana saja - sampai warung-warung kecik pon menawarkan perkhidmatan WiFi free kepada customer untuk meraih pelanggan.... pulak 2 sekarang bermacam2 tawaran pembelian smart phone yang canggih dengan pelbagai cara... ada yang beli dengan swipe credit card, ada yang kena langgan plan dengan Maxis, ke Celcom ke DiGi ke....beli secara ansuran kat Seng Heng ke, Aeon ke, Court ke dan banyak lagi lah..... em jawapnya memang lalai, leka dan alpa lah para suami melayan gadget-gadget mereka berbanding isteri .... parahkan.... bukan Farah tau... Farah tu nama saya... hehehe..... Facebook lah, twitter la, instagram la, Tagged la, drop box la... macam2 lah.... social networking yang lain.... maka dengan ini bertambahlah kelalaian dan kealpaan terhadap tanggungjawab terhadap family..... solat ntah kemana.... dok asyik kejar gadget je..... sampai Azan berkumandang pon buat-buat xdengar dan tak endah..... kehulu kehilir dengan gadget... sampai ke jamban pon dengan gadget... hahahahah memang parah.... bertambah parah bila weekend isteri masak dan panggil makan dia wat tak tahu saja..... sampai isteri naik bengang..... perang duniala gamaknyakan.... so please don't end your weekend with your gadget.... spend your time with your wife and family.... bawak g jalan-jalan ke makan angin ke.... kan ke lebih berbaloi..... teknologi ni memang tak kan mampu kita terkejar.... makin lama makin advance... kita ni manusia... makin lama makin meningkat usia... sudahnya bila wife dah tiada disisi barulah nak rasa sunyi.... barulah nak bersedih bagai.... hargailah selagi mereka masih ada .... cewahhhh....
Jangan sampai anda menjadi begini...... (Inspector Gadget)
|
Telinga kuali bukan pekak ye kawan-kawan.... yang itu ciptaan Tuhan tak baik dipersendakan...... "Telinga Kuali" kat sini bermaksud tak perihatin..... bila isteri membebel tak mahu dengar. Bila isteri mengadu masalah buat tak peduli dan buat busy... xpon buat-buat tukar topic..... xelok cam tu.... anggaplah mendengar luahan hati atau masalah isteri tu sebagai ibadah..... kalo tak tahu macam mana nak selesaikan , jadi pendengar yang setia pon dah memadai...... at least dengan luahan kepada anda sang suami.... stress dan kesedihan tu berkurangan..... bila isteri ada masalah atau sakit..... jangan dimarah atau diherdik.... ambil perhatian dia.... belai dia, peluk dia dengan penuh kasih mesra..... dengan sentuhan suami ... isteri akan rasa lebih tenang.... bila isteri sakit pulak.... bukan dengan membawa isteri pergi ke kelinik tanggungjawab anda selesai disitu..... suami perlu melayan kerenah isteri... minta picit kepala picitkan lah..... mintak tampalkan koyok tampalkan lah..... suapkan makan ... masakkan bubur.... ambil hati isteri..... barulah semangat terbit dalam diri isteri untuk cepat sembuh dan rasa diri dihargai...... kalau anda mahu selalu dimanja oleh isteri... apa lah salahnya sekali sekala anda memanjakan isteri anda..... boleh je kan.... baru lah utuh jalinan kasih sayang antara suami dan isteri..... ingat PERIHATIN.......
8) Susah untuk menerima teguran dan berubah ke arah kebaikan
Memaki - hamun,suka mencaci orang....... xbaik tau, seperti yg saya kata kat atas dalam dunia ni xda org yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan masing-masing. Tone percakapan tu haruslah berbeza ..... ni tidak.... marah ke, panggil ke serupa je xda beza...... orang popuan ni hati mudah tersentuh..... kalau asyik cakap kasar dengan dia je.... mula-mula leh lah sabar.... lama-lama dia akan lagi kurang ajar dan biadap dari anda....... (hah takut x)...... jadi awal perkahwinan didik isteri dengan cakap lemah lembut dan budi bahasa........ jangan banyak mencarut dan memaki hamun..... istigfar dan memuji Allah adalah jalan yang lebih baik....... barulah keluarga harmoni........ kalau dari masa berdua (suami dan isteri) lagi dah betekak dan menjerit-jerit... nanti dah ada anak makin lagi la teruknya...... INGAT segala perlakuan kita akan diteladani oleh anak-anak kita....... berubah kearah kebaikkan........ jangan biarkan EGO meguasai anda.... otak orang perempuan ni memang tidak dinafikan lebih panjang akal nya berbanding lelaki.... jadi kalau teguran isteri tu baik untuk kebaikan sendiri dan keluarga ... apa salahnya berubah untuk kebaikan..... jangan sampai EGO tu membuatkan diri kita menjadi orang yang BODOH SOMBONG......diri sendiri yang rugi nanti....
Phewwwww..... (sambil mengesat peluh didahi)... tamat sudah part 1 tentang 8 Sebab Kenapa Isteri Zaman Sekarang Susah Nak Mentaati Para Suami? ... ada waktu dan lain hari kita share pulak tip-tip lain yang boleh memberi manfaat untuk kita bersama......
Akhir kata dari saya, yang buruk datang dari saya sebagai hambaNya. Segala kekurangan dan ketelanjuran kata harap dimaafi....... ini semua sekadar nukilan peribadi saya dan tiada kena mengena dengan sesiapa......
Yang baik kita teladani, yang buruk kita jadikan sempadan.
Sekian, wasalam.
Tuesday, 6 November 2012
Friday, 2 November 2012
CARA BERPAKAIAN SEORANG MUSLIMAH YANG BETUL
Untuk tauladan dan renungan kita bersama...... buat renungan dan panduan saya juga.... maklum lah zaman moden fesyen pon moden ...... kalau zaman dahulu kita bertudung ramai yang kata kita kolot, kampung dan tak style ...... dengan menongkah arus permodenan sekarang fesyen bertudung menjadi pedorong untuk lebih ramai lagi wanita-wanita islam kini bertudung.
Dengan peningkatan wanita-wanita islam dizaman sekarang yang bertudung maka timbullah pelbagai gaya dan style tudung direka untuk menepati citarasa wanita islam dizaman kini dan sekaligus merupakan mata pencarian kepada pengusaha-pengusaha tudung.
Namun, barang diingat..... bukan sahaja dengan bertudung maka lengkaplah syariat kita sebagai seorang muslimah...... pemakaian juga harus kita jaga......
Mari lihat contoh gambar dibawah sebagai teladan dan panduan buat kita semua.........
Dengan peningkatan wanita-wanita islam dizaman sekarang yang bertudung maka timbullah pelbagai gaya dan style tudung direka untuk menepati citarasa wanita islam dizaman kini dan sekaligus merupakan mata pencarian kepada pengusaha-pengusaha tudung.
Namun, barang diingat..... bukan sahaja dengan bertudung maka lengkaplah syariat kita sebagai seorang muslimah...... pemakaian juga harus kita jaga......
Subscribe to:
Posts (Atom)