Tuesday, 19 June 2012

NUKILAN KHAS BUAT HATI TERSAYANG

kesinambungan dari WORDLESS WEDNESDAY #5.............

HATI SURAM
HATI TAK TENTERAM
WALAU SIANG TETAP MERASAKAN MALAM...
GELAP GELITA TANPA CAHAYA
KESEDIHAN MELANDA MERUNTUN KALBU

YA ALLAH YA TUHANKU
AMPUNILAH DOSA HAMBAMU
HILANGKANLAH KESEDIHAN YANG MERUNTUN KALBU
TENANGKANLAH HAMBA DENGAN SEGALA HIKMAH DAN HIDAYAHMU
PUJUKLAH HATI YANG SEDANG LARA

DUHAI HATI JANGANLAH KAU BERDUKA LAGI
TENTERAMLAH DIKAU DAN AMANLAH DIKAU
JANGANLAH BERSEDIH WAHAI HATI YANG LARA
PERCAYALAH DIKAU BAHWA PASTI AKAN ADA HIKMAH DAN HIDAYAH DIATAS SEGALA KESULITAN…….
 MOGA KUAT DAN MOGA TABAH
KERNA SAYA AMAT MENYAYANGI KAMU.......


HANYA TUHAN YANG TAHU……..


WORDLESS WEDNESDAY #5

Hati sedang meruntun kesedihan....... em benar-benar xadilllllllll..........

WORDLESS WEDNESDAY #4

bosannya melayan kerenah orang separuh akal............. ianya benar-benar mencabar keimanan saya dan membuat saya benar-benar stressedddddddd......

Monday, 18 June 2012

BERCUTI LAGI???????...... Boleh kah saya???????

 Hye all,

Baru je a few minutes td my Mr. B text me and suh saya apply cuti on 4,5 and 6 July ni....katanya nk bawak kami sekeluarga bercuti lagi.......................... hati memangla girang bukan kepalang... sapa yang xmau bercuti. lebih2 lagi ngn family tersayangggg......
namunnnnnn...............................................
hem ni yg sedih nak cakap ni.........................................................
cuti saya dah fully utilized da for this year.... ni pon gara-gara my two heroes masuk hospital bergilir-gilir masa awal tahun dulu....

Fareez kena HFMD (Hand Foot Mouth Disease) - 9 hari betapa kat hospital bulan Jan '12
Firdaous kena Viral Fever - 6 hari betapa kat hospital bulan Mac '12
Then sekali lagi Firdaous kena Viral Fever - 8 hari betapa kat hospital bulan Apr'12
Tambah lagi cuti-cuti lain (exam lah, personal matter la and what so ever cuti la)

huhuhhuhuhu..... agak-agak ambik unpaid leave lepas x?????????????????????????

........................................................................................................................................................................

Dear Boss,

sila la bagi saya cuti..... saya xg manapon cuma nak g berjalan ngan family saja ciannnnnnnnnnnn anak-anak saya nak bercuti.... pleaseeeeeeeeeeeeee......................



cube tgok muka anak sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... dia sedang marahhhhhhhhhhhhhhh....... takot xxxxxx.....


P/s: esok gak g  fill up leave form....... dan esok gak g submit leave formmmmm....


Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...... (harap2 berjaya la hendaknya)

Thursday, 14 June 2012

MUHAMMAD FAREEZ ISKANDAR TURNS 3

Adoiiiiiiiiiiiii...... lamanya bersawang blog ni. Buzy manjang xsempat langsung nak update blog.

xkesah la walaupun tajuk post diatas agak basi tp saya tetap nk update gak.............

Ceritanya begini.... Anak kami yg sulung. Muhammad Fareez Iskandar bin Muhammad Faiz Farhan Teong dah pun berusia 3 tahun pada 21 May 2012 yang lalu. Jadi sebagai ibubapa seharusnya tanggungjawab kami untuk meraikan harijadi anak kami. Walaupun pada awalnya kami merancang untuk meraikankannya secara besar-besaran... tp kami terpaksa kaburkan niat tersebut sebab saya keletihan.... mana taknya dua minggu berturut-turut saya terpaksa mengorbankan weekend saya berkerja straight Mon - Fri tanpa henti akibat membuat persiapan untuk launching Project baru company tempat kami bekerja...... Project apa?????? off course la launching Laman Glenmarie Phase 2A pada 19 dan 20 May 2012. (letih hoooooooo sampai sekarang still penat). Dan disebabkan itu jugalah saya terpaksa mengorbankan membuat persiapan birthday anak saya.

Tapi xmengapalah..... what ever it is i'll already try my best for my beloved son. Maka pada 27 May 2012 bersamaan dengan hari Ahad maka berlangsungnya majlis hari jadi anak saya...... dan jemputan adala terdiri daripada keluarga terdekat kami sahaja (belah saya n Mr. B saya).

Rentetan dari pada bebelan saya yang panjang lebar diatas....... marilah sama2 kita cuci mata melihat picture-picture yang sempat kami snap masa hari kejadian..........


Pre-Birthday Celebration Cake (American Chocholate) - kenapa saya gelarkan begitu..... kerana kek ni kami beli dimalam ambang hari jadi beliau (20 May 2012).... xsempat pon tunggu pukul 12 malam. Yang dirai xsabar-sabar nak potong kek..... so layan kan jela... dari pada menangis kang cian pulak.....


Yang Dirai yang xsabar nak potong kek..... dok tenung je lilin 2.....


Hadiah las minute untuk yang Dirai..... puas memikir nak bg apalah kat Yaya..... dan alhamdulillah he's really happy with the gift...... (xdapat kek barney... wrapping paper barney pon jadilah eak sayang)

Yang ni pulak Ebbie Tebbie (anak bongsu kami) ..... abang ada adik pon mesti ada.... xsampai hati nk bg sorang je..... 2 la hati seorang ibu...... n alhamdulillah he's also happy with the gift. hehehe


Picture diatas semua masa Pre- Birthday Celebration. Its so simple but its really meaningful to us as one family. Because for us to win everybody heart we must appreciates our family members.

Hehehehehe...... seronok bila tengok anak-anak membesar ni.... macam perangai ada. n yg penting mereka pengubat penat lelah saya ketika penat dan berduka.......

Maka, baiklah kita ke cerita yang selanjutnya.... walaupun letih walaupun penat dan tak cukup rehat, tp saya gagahkan juga kaki dan tangan ini membuat majlis hari jadi anak saya. Walaupun ianya serba ringkas.... dan last minute. namun hati ini puas melihat senyuman terukir diwajah anak sulong kesayangan kami.

Puas dok memikir nak masak apalah dimajlis tersebut...... fikir punya fikir last-last saya masak..............................................................................................

jeng jeng....




Nasi Ayam...... nape saya pilih nasi ayam????... sebab ianya ringkas, mudah, cepat dan yang paling penting mengeyangkan.......

Juadah sampingan lain yang saya sediakan adalah:-

Nugget Tempura
Jemput-jemput Udang
Dessert - Buah Tembikai Kuning
Minuman - Orange Juice
               - Zesty Dragon Fruit Punch


da tengok makanan kita tengok pulak kek dan picture-picture lain sekitar majlis.....



Last minute party decoration...... and the idea i dapat pon dalam pukul 1pg. siap wat decoration dan tiup belon sume dalam pukul 2.30pg.... (waktu dan ketika ni saya ditemani oleh Bday boy dan juga Ebbie Tebbie manakala Mr. B pula sedang lena dibuai mimpi indah... hahahahaha )



Goodies bag yang disediakan ..... ni pon last minute packing  ( kul 3.45 pg baru siap)



Ni pulak ready made kek yang kami beli last minute kat kedai kek berdekatan dengan rumah kami.........  dah nama pon last minute so semuanya last minute.......


Diantara tetamu yang hadir.........


Birthday boy with his cousin. (Nur Batrisya Balkis)





walaupun sempoi dan sederhana... tp tetap meriah....  terima kasih kepada semua yg hadir.Dan akhir kata.....

Doa buat Muhammad Fareez Iskandar.

Dear Yaya,

Momma harap kamu jadi anak yang soleh
Jaga diri elok-elok dan jaga tingkah-laku
Belajar Solat dan belajar rajin-rajin
Semoga kamu berjaya didunia dan akhirat
Dengar cakap Momma dan Papa
Dan akhir sekali..........
Selamat Hari Lahir yg Ketiga Tahun buat Kamu
Momma sayang kamu selamanya.........



HAPPY BIRTHDAY SAYANG.... NEXT YEAR DAH NAK MASUK SCHOOL .... BELAJAR RAJIN-RAJIN TAU. JADI ANAK YG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT. I LOVE YOU FOREVER....


LOVE.

US ( mommapapanebbietebbie)



Sunday, 3 June 2012

U.L.C.E.R.M.U.L.U.T.....

 

TAHUKAH ANDA.....

Kebanyakan dari kita mesti pernah mengidap ulcer. Ia boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira umur dan jantina, namun golongan yang berisiko mudah dijangkiti ulcer adalah wanita mengandung dan wanita yang datang haid.

Ulcer ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria didalam mulut dan juga terjadi disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam e.g: tulang ikan). Selain daripada itu terdapat juga faktor lain boleh terjadinya ulcer. Faktor-faktor lain tersebut adalah kekurangan zat makanan, tekanan (stress), kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor. (so rajin-rajinla gosok gigi atau kumur-kumur selepas makan eak)

Tanda-tanda anda pengidapi ulcer mulut adalah:-
  • terdapat benjolan merah dan tompokan putih pada dinding-dinding bibir atau lelangit atau lidah
  • terasa pedih apabila makanan terkena pada tempat yang dijangkiti ulcer
  • hilang selera makan atau minum akibat dari kepedihan yang terasa akibat jankitan ulcer
  • rasa cepat marah dan malas nak cakap dengan orang sekeliling
  • rasa seperti mulut dihiris-hiris dengan sembilu apabila gigi bergeser dengan tempat jangkitan ulcer (ada gak kadang-kadang sampai tumbuk-tumbuk meja menahan sakit)

Langkah-langkah pencegahan ulcer dari bertambah teruk adalah:-
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Kurangkan makanan atau minuman yang bergas atau berasid
  • Banyakkan selawat, sebab ianya penyakit yang Tuhan datangkan kepada kita adalah sebagai peluntur kepada dosa-dosa kecil yang kita lakukan
  • Banyakkan bersabar
Diantara ubat-ubatan tradisional atau moden yang kita boleh juga gunakan untuk melegakan ulcer mulut adalah :-

Traditional

  Ambil sedikit garam dan oleskan ditempat yang dijangkiti ulcer

Ambil sedikit magarine dan oleskan ditempat yang dijangkiti ulcer


Sanjin Watermelon Frost
Chinese herbs - boleh didapati di Watson dan Guardian dan amat berkesan dan cepat melegakan ulcer

Moden



Bonjela - huhuhuhu pedih  saya xsuka guna bonjela (tapi kalian bole cuba kalo mahu)


Oralmedic - Not bad gak la this medicine, cepat cure.




Iglu - sejukkkkkkkknyaa rasa nyaman hehehe

dan bnyak lagi dipasaran..... tp antara banyak-banyak ubat ulcer yang saya pernah cuba.... yang paling best sekali adalah ubatan cina (kulit buah tembikai)... walaupun rasanya pahit-pahit, namun kesannya amat cepat. Credit to Mr. B sebab beliau la yang recomend kan saya ubat ni..... heheeheh

P/S : bersabarlah dengan segala ujian yang datang. Kerana sabar itu separuh daripada IMAN.... dan setiap penyakit yang didatangkan oleh Allah SWT kepada kita adalah pengapus kepada dosa-dosa kecil yang kita lakukan seandainya kita tabah dan redha menerimanya........

PERINGATAN!!!!!!!
 Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.