Janji Allah kepada hambaNya....
Jika baik akhlak dan tingkah laku kita... maka baik jugalah jodoh kita....
Jika buruk akhlak dan tingkah kalu kita ... maka buruk jugala jodoh kita.....
Buat teman-teman marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri.... adakah kita cukup baik untuk menerima jodoh yang baik untuk diri ini.....
Jangan seringkali menyalahi takdir... andai badai datang menimpa dialam rumah tangga.....
Adalah lebih baik kita sebagai diri kita memohon keampunan dari Yang Maha Esa agar diperkukuhkan lagi ikatan perkahwinan.......
Kita sering kali mendengar bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang bagai retak menanti belah adalah dengan penceraian... namun tidakkah kita tahu bahawa penceraian itu bukanlah suatu jalan yang terbaik buat kita... lebih-lebih lagi buat anak-anak yang turut terpaksa berpisah denga salah seorang daripada ibu bapa kandung mereka sendiri...... kasihanilah mereka... kerana mereka amat memerlukan kita sebagai ibu dan bapa untuk melindungi mereka.......
Panduan dan pedoman buat sahabat-sahabat sekalian ...jangan mudah mencari silap orang lain.... cermin diri kita sendiri...... umpamakan diri seperti buah-buahan jika kita ditanam dari ladang yang mempunyai tanah dan baja yang bagus maka segar dan cantiklah diri kita seperti buah-buahan yang segar.... jika kita xpandai menjaga diri sendiri maka hancur binasa la diri sendiri umpama buah-buahan dan ladang yang tidak terbela....
Peluang yang diberi gunakan la sebaik mungkin... pilihla jodoh yang baik agar hidup kita senantiasa terpelihara dibawah lindungan Allah SWT. Masa bercinta semuanya indah belaka.... jangan bertindak menurut kata hati...... sebagai wanita biarla kita mencari seseorang yang boleh membimbing kita kejalan yang diredhai Allah SWT, yang boleh menjadi Imam kepada kita ketika berjemaah.... yang boleh memdidik kita dan memperbetulkan kita jika kita terkeluar dari landasan....
Yang lelaki... belajarlah menjadi seorang suami yang disanjungi oleh isteri dan menjadi contoh tauladan buat anak-anak. Belajar solat, belajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah...... rajin-rajin pergi masjid dan surau solat berjemaah. Rajin-rajin dengar ceramah-ceramah agama dicorong-corong radio dan di televisyen.... jangan lalai dengan konsert-konsert dan hiburan semata-mata.... tangungjawab kalian amat besar kelak....
InsyaAllah jika semuanya bepandukan pada satu ajaran dan kiblat JANJI ALLAH pada hambaNya yang tawaduk dan beriman pasti akan dapat dinikmati........
INGAT......
Janji Allah kepada hambaNya....
Jika baik akhlak dan tingkah laku kita... maka baik jugalah jodoh kita....
Jika buruk akhlak dan tingkah kalu kita ... maka buruk jugala jodoh kita.....
Terimala pantun empat kerat dari saya buat renungan.
Pergi kekedai bermotor kapcai
Dengan tujuan membeli ragi
Rumah Tangga hancur berkecai
Duit berkepuk tak bermakna lagi
P/S: buat teman-teman dan juga diri saya sendiri..... berubahlah demi masa depan yang cemerlang dan terang benderang.....