Monday 11 March 2013

SIAPAKAH AINUL MARDHIAH?

Assalamualaikum semua...

Anda kenal akan siapakah dia gerangannya ainul Mardhiah????.....

"SEINDAH NAMA DAN SECANTIK RUPA PARASNYA" itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya gambarkan siapa itu Ainul Mardhiah...


Dan kenapa kisah Ainul Mardhiah yang ingin saya kupas dan bukannya orang lain.... jawapannya ada pada perenggan -perenggan saya dibawah ini :-



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.


Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

Menarik bukan... sehinggakan saya berangan sekiranya saya dikurniakan cahaya mata perempuan akan saya namakan beliau dengan nama"AINUL MARDHIAH" yang bermaksud bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT.
InsyaAllah, .






TERIMA KASIH YA ALLAH.....

Tiada kata seindah bahasa .... melainkan Terima Kasih ku kepadaMU Ya Allah... diatas kurniaanMu yang tidak ternilai buatku. Alhamdulillah... sesungguhnya aku amat bersyukur diatas segala kurniaanMu pada ku.




Semoga ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anakku untuk berusaha dalam menempuh kejayaan dalam kehidupan untuk lebih berjaya dimasa hadapan... InsyaAllah.

Amin.


Tuesday 5 March 2013

MY 1ST DAY AT SCHOOL - TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH


As-Salamualaikum dan hi...

Hahahaha walaupun tajuk diatas agaklah terkebelakang... dan out-dated sikit tapi tak pelah dan tak kira nak update jugak sebab ianya adalah kenang-kenangan untuk saya dan anak saya.... heheheh...



Kalau dihujung tahun 2012 dok sebok bercerita tentang tadika Yaya... eh eh eh silap Fareez Iskandar ..... beliau tak bagi saya panggil beliau Yaya lagi.. beliau suruh saya panggil beliau Fareez Iskandar atau Fareez atau Abang... hahahah... betuahkan...



Inilah uniform beliau....
Fareez's garments case... ala ala james bond...


Sekarang saya sebok nak becerita pulak pengalaman pertama saya menghantar anak ke tadika...... pengalaman ini saya mulakan dengan mengejutkan Fareez untuk mandi dan kesekolah...
Mula-mula tu perasaan agak bercampur-baur... mana tak nya kalau selama ni kalo beliau sedang syiokkkk tido saya akan cuba seperlahan mungkin mengangkat beliau terus ke kereta untuk dibawa ke rumah baby sitter.... kalo boleh tak mahu beliau terjaga.... tapi kali ini saya harus mengejutkan beliau untuk bangun pagi seawal 6.30 pagi.... manalah  tak gundah-gulana diwatnya.... hummmmmmmmmmmmmmmmmmm..... tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat.... kejutan saya mulakan dengan menatap wajah beliau sambil mencium dahi beliau.... saya pengang tangan beliau sambil membisikkan "Assalamualaikum sayang ku... bangun eak mandi ... today kan awak nak g school.... friends and teacher semua da tunggu awak"... dengar je bisikkan saya terus beliau mengeliat sehabis mungkin dan membuka mata.... terkedip-kedip mata sepet beliau memandang saya.... sekali lagi saya kucup dahi dan pipi beliau dan menarik perlahan badan beliau untuk duduk.... "towel Momma"... Alhamdulillah mudahnya nak gerakkan beliau rupanya... terus mandi dan pakaikan  uniform tanpa banyak soal.... da siap semua "Momma nak susu"... saya membalas "ok jap eak Momma watkan"... beliau minum sambil mengentel bantal busyuk beliau..... saya biarkan beliau sendirian dan beralih kepada ebbie... si kecik ni pon alhamdulillah senang jugak nk kejutkan mandi...keluar je dari bathroom tengok Fareez dah pon terlelap balik sambil botol susu masih ditangan... heheeheheh mengantuk rupanya dia.... xpelah biar jela beliau rehat kejap.... dah siapkan ebbie terus saya pulak mandi, solat  dan bersiap....



Lebih kurang pukul 7.20a.m kami pon gerak menuju kesekolah Fareez.....jammed rupanya jalan nak ke sini... memang kena keluar awalah nampaknya selepas ni....  Alhamdulillah Mr. B mahir sikit dengan selok-belok jalan ... tanpa membuang masa beliau ikotlah short-cut yg xberapa nk short-cut sangat.... hahahah..

Dalam lebih kurang pukul 8.10pagi... kami tiba disekolah.... hurm agak lewat 10 minit daripada biasa.... parking pon susah nak cari.... kereta penuh kiri dan kanan, maklumlah 1st day school... semua parents nak tgok anak-anak beliau di tadika........ akhirnya Mr. B decided nak park kereta berdekatan dengan bengkel diseberang jalan... makanya kami kenalah cross jalan..... agak berdebar jugak lah... al-maklumlah... saya kan agak rendah (154 cm je... ).. bila dukung ebbie je kepala dia dah sama level dengan kepala saya.... so kena hati-hatilah sikit... untung Mr. B tarik tangan saya sekali ... at least yakin sikitlah nak cross jalan.. kalo x terketar2 lutut.... hhahahah...

Ok sekarang part di tadika pulak.... sampai kat tadika  pulak... off courselah semua ibubapa dah masok ke dalam untuk mendengar taklimat dari Mrs. Principle . (http://www.azzahrah.net/kenali-kami.html)

Pn. Hajah Zaharah bt Awang (credit to Az-Zahrah website)
Ralat dan rugi rasanya tertinggal keretapi.... lepas register dan ambil tag anak saya... terus kami duduk dikerusi yang disediakan sambil mendengar saki-baki taklimat tadi..... tak lama selepas itu taklimat pon selesai dan semua murid-murid dijemput masok. Maka bermulalah sessi persekolahan for the first time for the year 2013 for Muhammad Fareez Iskandar....

Jom jelajah gambar..

Diantara teacher-teacher kegemaran beliau dan sering menjadi sebutan beliau ketika bercerita.....

Hahaha tu dia Fareez Iskandar, sipi sipi je pic beliau.... kusyuk benar....



Masih lagi focus..... hah nak tau tak .. agak-agaknya pela yang mereka semua dok focus sangat tu... sebenarnya mereka..

 Tengah tengok big screen Upin Ipin ke sekolah... tu yang dok kusyuk je masing-masing... heheheh...

Lepas habis je Upin dan Ipin mereka semua diarah bangun untuk beratur oleh Teacher Edzati ... (picture agak blur... maklumlah saya betul-betul dimuka pintu... pakai snap je hahah)


The first person Q up... semangatttt!!!!!

Tengah editing picture tetibe terperasan pulak seorang budak comel kat belakang tu.... hahah saling xtumpah muka beliau seperti anak saya ... cubby cubby nya, kulit nya... kecik pon samaaa.... hhahahah... si kecik ni pon xsabar nak ke sekolah... Abang bangun pagi mandi beliau pon nak mandi jugak.... abang pakai beg sekolah beliau pon nak jugak.... tapi bila ditanya "Ebbie nak g mana ni pagi2 mandi?"... dijawabnya "Ebbie nak g skoollll.... skooolll Ebbie jauhhhhhhhh .. " sambil memuncungkan mulutnya.... bila ditanya lagi "school Ebbie kat mana?"... laju dan selumber je beliau menjawab "Skooolll Ebbie jauhhhh kat London..." Bhahahaahaha.... London tuuuu.... tinggi betul cita-cita beliau ... sampai ke London nuuu... Alhamdulillah... Momma doakan eak sayanggg....


Teachers yang sedang mengatur murid-murid berbaris....

1st Day Lesson :

Belajar bertolak ansur.... kalau tadi Fareez Iskandar beratur yang paling hadapan sekali sekarang beliau harus beralah dan memberi ruang kepada rakan beliau yang lagi kecil untuk beratur dihadapan beliau.....
Alhamdulillah beliau berjaya belajar bertolak ansur. Good boy... 10 markah "memang budak pandai"... hehehehe... i learnt that phrase from him.

Lepas je mereka berbaris...... hah this is the hardest part in my lifeeee..... for the 1st time ever.... kena tinggal kan beliau keseorangan disekolah dengan teachers and his new friends.... dengan segala hormatnya Mrs. Principle menyeru agar semua ibubapa meninggalkan anak-anak kami dibawah jagaan mereka..... maka menderulah kanak-kanak keluar meraung memanggil ibu dan bapa mereka.... mula-mula Fareez Iskandar cool lagi... dah dua tiga orang keluar menangis maka beliau pon start la engine dan keluar menjenguk dan memanggil kami... ... sayuuuuuuuunyaaaaa .. makin jauh kaki kami melangkah meninggalkan beliau ...makin beliau mula hiba dan start menangissss..... dalam kesayuan terdengar sayup-sayup kata-kata Mrs. Principle... "Berikan kepercayaan kepada kami guru-guru  di TCAZ untuk membimbing anak-anak tuan-tuan dan puan-puan...." - begitu kot lebih kurang ayat Mrs. Principle... terus hati saya kuat dan tabah semula... xjadi nak menangis dan berlalu ke kedai makan seberang jalan 'Cikgu Corner' ...  nak balik rumah alang kepalang.... sebab Mr. B kata kul 10.30 am mereka dah boleh balik... jadi kami pon decided mengisi perut dulu....

Selesai mengisi perut.... masa masih lagi berbaki sejam lebih... tak kan nak tunggu kat situ kan.... teruslah kami masuk kereta dan berjalan-jalan sekitar Sg. Udang... temankan si kecil... dari satu kedai ke satu kedai kami jelajah.... sampailah kami disebuah kedai yang menjual permainan.... hahah memang feveret Ebbie... habis semua mainan dicubanya.... belek punya belek... terus saya teringatkan Fareez Iskandar ... sambil membisikkan ke telinga Mr. B " Apa kata we buy something for yaya sebagai hadiah 1st day bersekolah?"... selepas Mr. B bersetuju saya pon mencari sesuatu untuk beliau.... fikir punya fikir akhirnya saya dapat dan teringat akan sesuatu yang beliau pernah minta dengan saya....

Selesai membayar dan hadiah sudah di wrapped ... kami bergegas meninggalkan kedai tersebut dan terus menuju ke Tadika Fareez untuk menjemput beliau dari sekolah......

Sesampainya disana.... saya tak turun....Mr. B yang pergi menjemput beliau.... dengan wajah yang riang gembira ... beliau melangkah masuk kedalam kereta..... sempat juga saya bertanya kepada beliau..

Momma : "tadi kenapa abang nangis?"
Fareez : " Sebab abang rindu momma, papa ngan ebbie.... ( sambil memuncung kan mulut beliau)"
Momma : " Ala momma pon rindu abang .... tapi abang kena g school baru leh jadi budak pandai... ini hadiah untuk budak pandaiiii... (sambil menghulurkan hadiah beliau)

Jom jelajah gambar lagiii...



Remote Control Car kaler merah untuk beliau....  kaler favourite beliau since baby.... hehehe..
 Dalam hidup ni kenalah adil.... walau seramai mana pon anak-anak kita ... kalo sorang dapat semua mesti dapat.... kalau tak pon mesti berbincang dengan mereka agar berkongsi.... makanya....



Barulah adil kan..... si kecik ni pon dah pandai berkecil hati tau....  dua budak kesayangan saya.... nyawa dan jantung saya.... tak ada perkara yang membuat saya gembira selain daripada melihat mereka gembira.... hehehe....

Ebbie pon semangat nak gi sekolah.... tak sabar beliau menghitung bulan untuk sampai ke next year.... InsyaAllah  next year beliau akan menjadi sebahagian dari penuntut Tadika Ceria Az-Zahrah dan bergandingan ke sekolah bersama abang beliau.... InsyaAllah.....  next year kita tengok keletah beliau pulak eak...

Sayang kamu berdua selamanya hingga ke Jannah... Amin...

Lots of Love,

Momma..